Monday, May 7, 2012

Persalinan SchAwal Paling Sweet Bersongket Hijau Semasa Acara Merenjis


Acara merenjis SchAwal menjadi lebih meriah apabila kedua-dua raja sehari tampil dengan persalinan gabungan tradisional dan moden dari pemilihan rona hijau diraja rekaan eksklusif Rizman Ruzaini.

Pereka muda kegemaran ramai selebriti tempatan itu, sememangnya bijak melempiaskan kreativitinya dari hanya sehamparan kain songket (tajaan Atiqah's Songket) kepada sepasang persalinan yang berjaya memukau mata memandang.
Pihak Atiqah's Songket telah memperuntukan masa selama dua bulan untuk menenun songket berkenaan dan Rizman Ruzaini pula memerlukan masa dua hari untuk menyiapkan kedua-dua persalinan SchAwal.

Potongan duyung dan off shoulder yang ditampilkan buat Scha Al-Yahya menjadikan pelakon Awan Dania itu tampak cukup anggun. Ditambah lagi dengan cucuk sanggul dan kembang merah menyala yang tersemat di kepala. Awal Ashaari pula tampil segak bak putera diRaja dengan persalinan songket lengkap, siap dengan tenggolok dan samping yang dihiasi dengan rantai dan aksesori bulan sabit serta bintang melempiaskan aura cukup gah.

Kredit Info & Gambar: Murai.com







6 comments:

Huda said...

betul..saya memang suka dia pakai baju kaler hijau ni, sangat terserlah dan cantik sangat!

Acik Erna said...

memang cantik pasangan ni bersongket hijau

Kakzakie said...

Warna ini jarang org gunakan - tapi betullah kakak tengok cantiklah.:)

wahida said...

dah jarang artis nak pakai songket, tapi saya lagi suka songket sbb nampak klasik dan unik...

Nazayiena said...

Cantik songket nie....

mama aini said...

ehem cantik scha pakai pakaian songket ni..semakin terserlah kecantikannya..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...