Thursday, May 31, 2012

Diana Amir Pun Nak Mengerjakan Umrah Jun Ini

Sejak mengenakan hijab pelakon wanita yang bernama Diana Amir akan menunaikan ibadah umrah di Mekah bulan hadapan. Diana akan mula berangkat ke Tanah Suci itu bermula 8 Jun sehingga 19 Jun ini. Semoga perjalanan Diana akan diberkati dan selamat pergi dan kembali. Menurut Diana, untuk istiqamah dalam ibadah merupakan cabaran paling besar sepanjang penghijrahannya itu.

“Saya akui sekarang keadaannya berbeza dari sebelum ini. Saya sentiasa ingatkan diri saya untuk tidak lalai dengan kehidupan dunia yang saya miliki sekarang. Saya juga perlukan sokongan orang di sekeliling saya untuk terus bantu dan bimbing saya. Mudah-mudahan, penghijrahan ini dirahmati Allah dan kekal sehingga ke akhirnya,” ujar Diana sewaktu berkongsi kisah hijrah beliau.

Diana turut menyentuh tentang pengaruh media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog. Menurut Diana, kewujudan media baru sebegini membuka ruang untuk selebriti sepertinya diperkatakan secara terbuka dalam laman sosial berkenaan, dimana secara tidak langsung membuka ruang untuk seseorang selebriti tersebut dinilai oleh masyarakat.

“Saya berpendapat dalam isu laman sosial sebegini kita boleh kaitkan dengan isu maruah dan harga diri seseorang. Kita tak boleh nak gunakan kebebasan yang ada pada media sosial ini untuk mengaibkan orang secara terbuka. Begitu juga dalam ibadah. Diana rasa cara terbaik adalah untuk Diana diam dan istiqamah dalam usaha Diana berubah ke arah yang lebih baik.

“Buat masa sekarang, Diana cuba untuk berdampingan dengan mereka yang punyai akhlak-akhlak yang elok supaya kita dapat mengambil segala kebaikan yang mereka ada. Diana doakan yang terbaik buat semua yang ada di sekeliling Diana terutamanya peminat-peminat yang menerima penghijrahan Diana dan tidak pernah jemu memberi sokongan kepada Diana. Insya-Allah,” akhiri Diana.

Gua
 
 

4 comments:

eLL said...

alhamdulillah. saya pun teringin sangat nak pergi ke tanah suci...

Huda said...

insyaallah pelan-pelan, sekurang2nya dia dah dapat hidayah..alhamdulillah

KhaiRin : anies said...

alhamdulillah

YATZAKIE said...

saya pon rindu nak ke sana...insyaAllah ade rezeki adela..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...