Saturday, May 19, 2012

Talian Untuk Khidmat Nasihat Masalah Obesiti

PETALING JAYA – Orang ramai yang mempunyai masalah kesihatan berpunca daripada obesiti, kini boleh mendapatkan nasihat pakar menerusi talian ”MyWeight MyHealth” kelolaan Persatuan Farmasi Malaysia (MPS).

Presidennya, Datuk Nacy Ho berkata, bagi mengatasi masalah berat badan berlebihan, orang ramai boleh menelefon talian 1300-800-373, dan khidmat yang diberikan adalah percuma.

Beliau berkata, talian itu diwujudkan khusus bagi orang ramai yang komited dengan penjagaan kesihatan dan berhasrat memiliki berat badan ideal.

“Saya meminta orang ramai supaya menggunakan khidmat talian ini bagi mendapatkan nasihat tentang cara mengawal penyakit yang berpunca daripada obesiti,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran talian itu oleh Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Eisah Abdul Rahman di sini semalam.

Sementara itu, Eisah berkata, mereka yang menjawab panggilan adalah ahli farmasi terlatih dan dapat memberi panduan serta nasihat berhubung pengambilan ubat yang sesuai dengan keadaan kesihatan pemanggil. – BERNAMA
 
 
 

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...