Sunday, May 27, 2012

Drama Cinta Fizz Dan Almy Nadia!

 
Macam-macam ada kan..Pelik la jugak, umpama macam zaman la ni takde BBM (glamour), muka buku, twitter dan seangkatan dengan nya..kenapa begitu? ye la..Si lelaki kata macam tu, si perempuan pula kata macam ni, macam dah tak berhubung antara satu sama lain la pulak. Apa-apa pun, bacalah kat bawah ni drama cinta Fizz dan Almy Nadia.

Drama bermula:
“Kami tiada apa-apa masalah sebenarnya, saya pun tak tahu di mana retak menanti belah. Mungkin rumah dia kot yang retak sedikit,” ujar pelakon popular, Fizz Fairuz dalam nada berseloroh ketika diminta memberi penjelasan isu hubungannya dengan kekasih yang juga seorang pelakon, Almy Nadia.

Apa yang menghairankan Fizz, bagaimana kekasihnya itu boleh membuat kenyataan mengatakan hubungan mereka bagai retak menanti belah dan sudah lama tidak bertemu walhal baru dua hari lepas (Selasa) mereka bertemu.

“Kami tiada masalah dan saya hairan juga bagaimana dia boleh berkata sedemikian sedangkan baru semalam, kami bermain badminton sama-sama.

“Saya rasa mesti ada yang tokok tambah kenyataannya itu, tapi saya tak tahulah, biarlah. Saya akan ambil pendekatan diamkan diri saja,” tambah Fizz lagi.

Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Almy yang mendakwa dirinya disisihkan oleh pelakon “Nur Kasih” itu hampir dua tahun, Fizz dengan tenang menjawab, “Selama dua tahun itu saya bekerja keras, usahakan karier saya sampailah saya dapat apa yang saya kecapi hari ini. Dalam pada dua tahun itu juga saya tak pernah berhenti bagi dia kerja kerana dia sering mengadu tiada tawaran berlakon.”

“Dalam tempoh dua tahun itu, saya nak kami sama-sama fokus dalam bidang lakonan, saya nak berjaya dan juga inginkan dia berjaya,” ujar Fizz yang ditemui ketika majlis Makan Malam Rafflesia Raikan Hari Ibu Bersama 20 Selebriti di Hotel Royal, Rabu malam.

“Dia kata pada saya agar jangan berhenti berbohong, tetapi saya tidak pernah berbohong. Senang cakap saya ni jenis lelaki yang tidak boleh berjanji. Mungkin dia sudah menunggu lama.

“Mungkin juga dia merajuk kerana saya berjanji untuk belikan dia kereta tapi saya tidak tunaikan sebab dia tiada lessen,” ujar Fizz dalam nada bergurau, namun mengakui apa yang dikatakannya benar.

Terdahulu Fizz pernah menyuarakan hasratnya untuk melamar Almy selepas ibunya pulang dari menunaikan umrah, namun tidak lama selepas itu, Almy menerusi sisipan BiPop mendakwa dirinya tidak tahu menahu mengenai lamaran tersebut. Malah mengakui hubungan cinta yang dibina hampir lima tahun itu ibarat retak menanti belah lantaran dirinya disisihkan oleh aktor tersebut.

Apabila diminta respon apakah dia masih akan meneruskan hasrat untuk melamar Almy, Fizz seakan enggan mengulas panjang namun masih cuba memahami gejolak perasaan kekasihnya itu.

“Saya sudah malas untuk mengulas panjang lebar mengenai perancangan saya untuk melamarnya. Saya serahkan semua pada takdir.

“Saya pernah berkata padanya, saya mahu melakukan semua ikut adat, tunggu selepas ibu saya balik daripada mengerjakan umrah. Jadi saya berharap agar di sana kelak, minta mak berdoa yang baik dan moga-moga mak mendapat gambaran di tanah suci kelak,” ujarnya tersenyum.

Fizz walaubagaimanapun tidak menolak kemungkinan bahawa kekasihnya itu juga dalam dilema dan risau.

“Saya faham, mungkin dia sekarang bertambah risau, lebih-lebih lagi dengan kejayaan yang saya kecapi sekarang. Dia barangkali takut saya akan lupakannya. Mungkin juga dia menerima tekanan daripada pihak keluarga. Yalah, saya faham pihak perempuan mestilah risau,” jelas Fizz panjang lebar dan tetap menegaskan berkali-kali pada wartawan bahawa hubungan antaranya dan Almy masih baik.

Sementara itu, ibu Fizz, Puan Noorhaizan Binti Jantan, 65, pula ketika ditemui di majlis yang sama mengakui bahawa dia kurang maklum mengenai insiden yang terjadi dan hanya mendengarnya secara lisan daripada kaum keluarga.

“Saya hanya dengar macam tu saja. Walaubagaimanapun, saya hairan juga kenapa Almy mengeluarkan kenyataan tersebut. Perkara sebegini (soal jodoh) biarlah diantara Fizz, Almy dan keluarga masing-masing saja yang tahu.

“Keputusan untuk memperisterikan Almy, semuanya terletak pada Fizz, biarlah mereka menyelesaikan hubungan mereka sendiri. Sebagai ibu, saya cuma mendoakan yang terbaik saja buat Fizz,” jelasnya yang turut mengakui sudah lama tidak bertemu Almy.

Ketika ditanya adakah dia merestui hasrat anaknya untuk melamar Almy, Noorhaizan berkata, “Semuanya terpulang kepada mereka sahaja. Saya merestui hubungan mereka. Segala keputusan hanya akan dibuat selepas saya pulang dari menunaikan umrah,” ujarnya lagi. (Mynewshub)
 
 

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...