Monday, May 28, 2012

(EURO 2012) England Pasukan Terburuk!


Macam la mamat ni bagus sangat masa di pegang France dulu..

Raymond Domenech kata England bakal mudah dikalahkan oleh Perancis dalam perlawanan pembukaan Euro 2012 kerana Three Lions merupakan sebuah pasukan yang buruk.

Bekas jurulatih Perancis tu (seperti dalam gambar yang aku tepek tu) kata: "Perlawanan menentang England sepatutnya mudah kerana mereka tiada kualiti. Selepas itu Perancis perlu elak kekalahan dalam perlawanan dengan Ukraine, selepas itu kita pasti mara ke pusingan berikutnya.

Dia kata lagi..."Saya meletakkan Perancis sebagai antara pasukan pilihan. Saya amat yakin dengannya. Mereka patut sekurang-kurangnya ke separuh akhir."

Dia ni diberikan lanjutan kontrak selama empat tahun selepas membimbing Perancis ke final Piala Dunia 2006 dan biarpun dimalukan teruk dalam Euro 2008, dia berjaya mengekalkan jawatannya.

Tapi semua ingat lagi masa krisis dalaman membabitkan pasukan Perancis ketika Piala Dunia dua tahun lalu, haa...lepas tu lah baru dia dipecat.

*England dan Malaysia memang banyak sejarah, pasal tu segala Channel akan siar match libatkan England (tapi orang marah). Apapun England ni ramai peminat woo kat Malaysia ni, mana taknya tiap minggu ada live kat Astro atau kedai Mamak!


No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...