Tuesday, May 22, 2012

Ady Putra Batalkan Niat Mahu Bercerai


Dalam prosiding di Mahkamah Syariah WP Kuala Lumpur kemarin, Ady Putra membatalkan hasrat beliau untuk bercerai bersama isterinya, Aida Yusof. Baguslah macam tu..

Kronologi kes Ady Putra mahu bercerai bermula apabila Ady Putra dan Nora Danish sama-sama mengerjakan umrah. Minggu lalu, Ady Putra memaklumkan bahawa keretakan rumahtangga yang dibina selama 7 tahun itu bukan berpunca daripada ketiadaan anak atau penglibatan orang ketiga, sebaliknya berpunca daripada masalah dalam suami isteri yang sukar dijelaskan.

Bagaimanapun, sehari kemudian Ady Putra memberitahu bahawa mereka berdua akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin ini sebagai langkah terakhir untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.

Menurut pelakon KL Gangster ini juga, beliau akan mengadakan sidang media pada malam selasa nanti untuk memberikan penerangan yang lebih lanjut. Aduhai, kesiannya jadi artis ni, nak batalkan/cerai pun kena buat sidang akhbar. Wajib ker?

Semoga jodoh Ady Putra kekal bahagia bersama isteri tercinta hingga ke akhir hayat dan mempunyai cahayamata. Buang yang keruh ambil yang jernih.

1 comment:

ainnoraini said...

Selamat pagi salina...
Harap2 biar berpanjangan jodohnya tuu...

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...