Thursday, March 19, 2015

Hotel Sentral Seaview, Penang

Jangan pandang pada luaran!


Hotel Sentral Seaview, Penang yang dulunya dikenali sebagai Naza Talyya bukanlah sebuah hotel murahan. Dengan menawarkan kolam renang yang sederhana untuk dewasa dan kanak-kanak serta pantai yang indah ...maka di sinilah pilihan terbaik pada harga PALING MURAH berbanding lain-lain hotel yang mempunyai pantai di sekitar Tanjung Bungah dan Batu Ferringhi.



Bilik dan katil selesa, ada balkoni mengadap separuh laut, separuh bandar.
Untuk bilik Seaview boleh up sikit bajet anda ye. Murah je.

Sarapan sedap dan memadai. Pilihan tak sebanyak Hotel Bayview Beach Resort Penang atau Hotel Hydro Penang (sedang renovasi) tetapi sudah memadai dengan selera kami.

Kalau ke Penang, inginkan hotel dengan pantai dan kolam renang yang MURAH...pertimbangkan Hotel Sentral Seaview, Penang.


Do It Now or...NEVER!

Agak lama tidak berblogging. Berkongsi pengalaman hidup dan petua.
Sangat lama. Genap 5 bulan!
Kalau blog tersohor tetap dahsyat jugak bergerak traffiknya.
Maka dari mengandung anak ke-3 sampai dah habis pantang ni.
Akhirnya KasihSalina dot com telah dimamah kedahsyatan rangkaian internet dengan segala isi kandungannya.
Maka sama ada memilih KasihSalina dalam dot yang lain atau tak...itulah pilihan yang aku ada dalam 2 hari lepas.



Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...