Friday, August 31, 2012

Selamat Hari Kebangsaan ke-55


Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-55 bagi mengingati tarikh kemerdekaan rasmi negara yang disambut pada 31 Ogos saban tahun.

Thursday, August 30, 2012

(Aidilfitri 2012) Baju Melayu Datuk Seri Najib


Segak membaca perutusan Aidilfitri 2012
PM kita Datuk Seri Najib Tun Razak memilih warna merah jambu terang untuk pakaian Raya di majlis rasmi sambutan Aidilfitri tahun ini. Cantik kan? Mesti ada juga yang pilih warna yang seakan sama, biasalah..warna apa sangatlah yang ada untuk kain baju Melayu lelaki berbanding kain untuk baju wanita.

Ramah tamah di rumah terbuka

Wednesday, August 29, 2012

Nasi Lemak Daun Pisang di Seafood Restaurant Sri Berang


Raya ke-5 makan malam kat pekan Kuala Berang, Terengganu

RM6.00 sedaun pisang, ayam goreng + telur rebus separuh + sambal bilis + hirisan timun
Nama tempat makan ni Seafood Restaurant Sri Berang, terletak di pekan kecil Kuala Berang. Nama jer Seafood, tapi takder pun seafood nyer. Kami ingatkan ada lar seperti kedai makan yang menyajikan masakan panas atau ala Thai macam kat Changlun tu...

Apapun, sejak restaurant ni buka (kedai makan biasa jer ni, belum dikira taraf sebuah restoran yang sepatutnya), tak pernah pun kami makan kat sini. Tapi bila first time nak cuba, rupanya yang ada Nasi Lemak dan Nasi Kukus. Dah takder pilihan, sebab banyak kedai makan tutup lagi, nak tak nak kena lah terjah Kak Jah jugak jugak!.

Kami sampai lebih kurang jam 9.00 malam, itupun dah lebih separuh penuh meja yang ada. Kami memilih sudut yang agak-agak ngam untuk melapah kot-kot sedap hingga menjilat jari.

Harga Nasi Lemak pilihan kami seperti tertera di gambar di atas, mahal. Ya memang mahal. Apa saja melibatkan makanan di Terengganu memang mahal. Bukan aku sorang yang cakap mahal tau, nanti tak pasal-pasal bertukar kerajaan pulak lepas ni (isu sensitif ni menjelang pilihanraya), kawan-kawan yang bekerja di luar Terengganu pun kata mahal...malah dalam surat khabar pun banyak kali keluar.

Kos nasi lemak macam tu, kalau di pekan koboi Changlun boleh jadi RM4.00 dan di Alor Setar juga dalam lingkungan RM4.00-RM4.50 di food court yang lebih baik dan mahal sewanya. Kalau di UUM, boleh jadi RM3.50 sebab mengambil kira adanya ayam goreng seketul, telur rebus separuh, sambal bilis dan timun sekali nasi yang lemak tu (daun, belakang kira).

Belum jamah lagi, kena posing dulu...
Rupa-rupawan sedap jugak nasi lemak ni. Patut lah tak lama lepas kami mengambil tempat masing-masing ada berduyun sakan orang datang tak lama lepas tu, macam tak hingat. Memang nasib baik sedap dan berselera sekali lebih-lebih lagi dengan adanya semangkuk kuah kari seperti kuah Nasi Dagang (yang ni optional, sebab abang aku terliur tengok). 
Jelas sekali memang sedap dan berbaloi best!

Kakak nak makan pun tak boleh, asyik bergambar jer...
Malam tu kami makan habis licin daun pisang tu, mujur tak koyak jer daun nya. Sedap sangat. Walaupun mahal, insya-Allah kami akan datang lagi kalau masih ada masakan yang sama. Memang boleh rekemen dekat korang semua kalau sesat timur atau lalu di pekan Kuala Berang. So, tak berapi lah perasaan tokey kedai ni (orang Kelantan) lepas baca komen-pomen yang melampau di atas yer..

Lokasi: Seberang jalan KFC Kuala Berang


Tuesday, August 28, 2012

Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu


Raya ke-4 di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Sambil menjamu selera

Pantai Batu Buruk adalah salah satu destinasi pelancongan yang terkenal khususnya di bandar Kuala Terengganu ni. Terletak lebih kurang 1 kilometer dari pusat bandar, pantai yang bersih dengan butiran pasirnya yang halus memang akan memukau mata memandang, menjadi tempat riadah pilihan ramai dan menikmati keindahan lautan yang terbentang luas.

Pada Hari Raya ke-4 baru-baru ini, kami ke sini kerana ingin berehat dan bersantai di tepi pantai. Maka di sinilah pilihan utama kami. Memang ramai kat sini pada musim Raya berbanding hari biasa. Mungkin perantau mengambil peluang melepas rindu dendam dengan pantai ni. Ramai yang bawa keluarga dan anak-anak kecil.

Anak-anaklah yang paling seronok, bebas main pasir
Pelbagai jenis makanan boleh didapati di sini, antara yang menarik semestinya Nasi Dagang, Nasi Ayam Yunan, pelbagai masakan panas dan betul-betul di tepi pantai (di seberang jalan dari pantai) terdapat makanan laut bersalut tepung yang digoreng rangup, atau dikenali sebagai Seafood Celup Tepung.

Ada yang sedap, ada yang biasa-biasa aje..pilihlah ikut citarasa
Seafood Celup Tepung bermula dengan harga RM2 secucuk, biasanya yg macam fishball dan fishcake yang kita biasa tengok tu, yang lain kami pilih sotong besar (yang saiz sederhana), dan udang goreng. Total RM17. Sotong ikut saiz RM4 hingga RM8 kalau tak silap. Kalau udang RM3-4 macam tu.

Untuk minuman, kami ambil 2 gelas air setiap satu RM1.50 (kalau kat sini mahal laa..), biasanya RM1 jer segelas tu, itupun pendek jer gelasnya. Sebotol minuman seperti Coke dijual RM2.50..memang mahal kan!

Kat belakang tu, banyak betul jual layang2...

Si Adik kusyuk bermain pasir
Petang tu kami balik sebelum masuk waktu Maghrib, bergegas pulang untuk menyambut tetamu berziarah pada malam tu.




Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan blogger, pengunjung setia blog dan pelawat yang sehingga ke penghujung Ramadhan masih sudi menjenguk blog ini, membaca info yang bertujuan untuk dikongsi bersama, khususnya yang ingin mencuba resepi kuih muih dan masakan.

Raya 2012 di kampung halaman Kuala Berang, Terengganu

Begitu juga sambutan yang baik terhadap info berkaitan keagamaan seperti tip dan doa amalan sepanjang bulan Ramadhan lalu. Taqabbalallahuminna waminkum.

Untuk itu saya mengambil peluang ini memohon maaf atas kesilapan fakta dan maklumat (jika ada salah tolong perbetulkan) serta penggunaan perkataan atau ayat yang kurang baik atau tidak sesuai. Maaf juga kerana tidak sempat publish komen-komen yang dihantar sejak 16 Ogos lalu kerana waktu tu dah bertolak balik kampung. Malah kebanyakan komen juga tidak terjawab atau dapat dijawab dengan baik.

Terima kasih atas sokongan semua baik di Malaysia mahupun di perantauan.

Hati-hati di jalan raya, ingat orang tersayang.


Friday, August 17, 2012

Gambar Siti Nurhaliza Umrah 2012


Bertuahnya kenangan sebegini diabadikan di Tanah Suci Mekah pada setiap tahun
Tetap di hati...
Ceria
Berseri...

Thursday, August 16, 2012

Sedekah Allah Buat Kita



Solat qasar dan jama’ (solat jamak) adalah satu kelaziman apabila kita bermusafir. Tak kurang juga ada yang kurang mengambil berat hal ini, khususnya apabila kita mula memperkatakan tentang balik kampung (perjalanan jauh) dalam musim perayaan sebegini. Untuk itu saya menyertakan sedikit takrifan dan panduan hasil daripada pembacaan, panduan daripada Ustaz dan bual bicara keagamaan di siaran tv tempatan.

Solat Qasar
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya” (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud) 

Syarat-syarat:
     i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syarak.
     ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
     iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
     iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (solat sempurna).
     v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
 
Contoh niat:

                       أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala

Solat Jama' (Solat Jamak)
Solat Jama’ terbahagi kepada :
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
Syarat-syarat:

Solat Jama' Taqdim
 i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

Jama’ Ta’khir
 i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
 ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

Contoh niat:
Jama’ Taqdim
- Jama’ Taqdim Empat Rakaat
 
 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala
Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

 أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala

Jama’ Ta’khir
Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala

Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى 
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala 

 

Bila Nak Balik Kampung Ni



Salam Ramadhan Semua,

Aku pasti persiapan raya sudah hampir lengkap semua termasuklah baju raya, kasut raya, kuih raya, duit raya dan yang paling penting ialah jangan lupa membayar zakat fitrah ye..Kami pun baru bayar zakat fitrah 3 hari lepas. Bila semua dah lengkap, tiba la masa sesi mengemas barang-barang untuk balik beraya di kampung halaman tercinta sama ada balik ke rumah keluarga sendiri mahupun rumah mertua.

Gambar kat atas ni masa raya tahun lepas, kakak usia 3 tahun 2 bulan dan adik plak masa tu baru jer 2 bulan lebih. Nak bukak mata pun malas-malas lagi, kerja nak membuta ajer tau nya..

Beza pulak tahun ni kakak dah 4 tahun 2 bulan dan adik 1 tahun 2 bulan, gamat jadi rumah aku bila semuanya dah mengerti dan menyibuk jer waktu nak kemas barang-barang dan baju kain malam tadi. Kakak sejak seminggu ni memang asyik duk tanya bila nak balik kampung? Malam tadi dah kemas baju kain seronok bukan main lagi dia, yeay,,,

kakak: kita nak balik kampung ke Ibu?
ibu : Esok malam kita baru nak balik kampung..
kakak: kenape kita tak balik malam ni (malam tadi la)
 (drama pendek jer & takde ending)

Dalam pada dia duk menanya aku macam-macam tu, kakak siap masukkan baju dia dalam beg.. adik plak sibuk merayau ke hulu ke hilir sambil usik kakak dia, siap masuk dalam duduk dalam beg kakak lagi..anak-anak pun pandai seronok nak balik kampung yeee..



3 kategori nafsu



3 kategori nafsu


Secara amnya nafsu terbahagi kepada 3 kategori-

1. Mutmainah. Nafsu yang mendorong kearah kebaikan dan membawa ke syurga.

Al-Fajr [27] (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!

[28] Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!

[29] Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia

[30] Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!

2. Lawwamah. Nafsu pertengahan yang juga mendorong kearah kebaikan dan membawa ke syurga, tetapi apabila tidak dapat dilakukan kebaikan itu ia kemudian mencela dirinya kerana tidak dapat melakukan kebaikan.


Al-Qiyamat [2] Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!

3.Ammarah. Nafsu yang mendorong kearah kejahatan dan membawa ke neraka.

Mereka yang mendalami ilmu tarekat memecahkan kategori nafsu ini sehingga kepada 5 dan 7 bahagian.

Nafsu berada didalam darah dan subur apabila makanan masuk kedalam badan. Syaitan ambil peluang melalui nafsu yang tercetus.

Puasa dapat mengurangkan nafsu (yang jahat) kerana kurangnya makanan yang masuk kedalam badan dan darah. Hasil dari puasa ialah taqwa (takut kepada Allah). Takut disini bukannya seperti takut kan harimau tapi takut bermakna hormat.Takut Allah murka, takut Allah tidak suka.

Orang lelaki buta bila nafsunya tegak. selepas reda nafsunya baru nampak dunia dan insaf.

Nabi Yusuf juga kata beliau tidak gerenti dengan ujian nafsu:-


Yusuf [53] Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
 
 
 
 
 

Adab dan Etika Makan Dalam Islam




Adab dan Etika Makan Dalam Islam


Dalam Islam, Allah s.w.t. telah memilih Rasulullah s.a.w.untuk menjadi model kepada seluruh alam sejagat. Baginda juga turut membawa perkara yang boleh disifatkan sebagai penyempurna akhlak manusia. Di antara perbuatan Rasulullah yang perlu diikuti dan dihayati bersama adalah dari aspek tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW.

MULAKAN dengan BISMILLAH

Dari ‘Aisyah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, ” Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: ‘Bismillah’ ). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah ‘Bismillahi awwaluhu wa akhirahu’ “(HR Abu Dawud dan atTirmidzi.)

GUNAKAN TANGAN KANAN

Dari Salamah bin al-Akwa’ r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda berkata: “Makanlah dengan tangan kanan mu”. Lelaki itu berkata: “Aku tak boleh”. Baginda menjawab, “Engkau tidak boleh? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak! Kemudian tidak dapat diangkat tangannya ke mulut.” (HR Muslim)

Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jangan engkau makan dengan (tangan) kiri mu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)

AMBIL MAKANAN YANG BERHAMPIRAN

Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata:”aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar keserata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: “Wahai budak, ucapkan ‘Bismillah’, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu.” (HR Bukhari dan Muslim)

GUNAKAN TIGA JARI

Dari Ka’ab bin Malik r.a., “Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)” (HR Muslim)

JANGAN MENCELA MAKANAN

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: “Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan” (HR Bukhari dan Muslim)





JANGAN BERSANDAR KETIKA MAKAN

Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasullah s.a.w bersabda, “Aku tidak makan sambil bersandar” (HR Bukhari)

KUTIP MAKANAN YANG TERJATUH

Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., “Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberakartan” (HR Muslim)

MULAKAN MAKAN DARI TEPI atau PINGGIR

Dari Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah”

(HR Abu Dawud dan Tirmidzi).

JILAT JARI SETELAH SELESAI MAKAN

Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)” (HR Bukhari dan Muslim)

DOA SETELAH SELESAI MAKAN

Dari Abi Umamah r.a., “Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan menyebut, ‘Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la muwaddi’in’. wa la mustaghnan ‘anhu rabbana’ ” (HR Bukhari).

Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin’, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Tirmidzi)

DIGALAKKAN BERCAKAP SEMASA MAKAN

Dalam al-Adzkar, Imam Nawawi mengatakan, “Dianjurkan berbicara ketika makan. Berkenaan dengan ini terdapat sebuah hadits yang dibawakan oleh Jabir ra sebagaimana yang telah kami kemukakan dalam “Bab memuji makanan”. Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam kitab al-Ihya mengatakan bahwa termasuk etika makan ialah membicarakan hal-hal yang baik sambil makan, membicarakan kisah orang-orang yang shalih dalam makanan.” (al-Adzkar hal 602, edisi terjemah cet. Sinar baru Algen Sindo)

Menurut al-Hafidz dan Syaikhul Islam Ibn al-Qayyim rh, pendapat yg benar ialah Nabi saw bercakap dan berbual semasa makan. Dalam kitabnya alZaad (2/397), ada kalanya Nabi bertanya apakah menu pada hari ini dan memuji menu tersebut (HR Muslim: 2052), ada kala Nabi saw mengajar adab dan susila makan kepada kaum keluarganya (HR alBukhari: 5061) dan ada ketika Nabi sentiasa menggalakkan tetamu beliau supaya menambah laukpauk dan minuman (HR alBukhari 6087). Adalah tidak benar meja makan menjadi tempat yg kaku dan senyap sepi dari perbualan. Tetapi, tidaklah bercakap itu apabila makanan penuh di dalam mulut.



Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Wednesday, August 15, 2012

Rasulullah Memperbezakan Amalan Islam Daripada Yahudi Dan Nasrani




Rasulullah Memperbezakan Amalan Islam Daripada Yahudi Dan Nasrani


Antaranya: 1) Berdoa Selepas Makan Kecuali Ketika Berbuka Puasa 2)Makan Sahur, Mempercepatkan Berbuka Puasa, Melewatkan Sahur. 3) Makan Dan Tidur Bersama Isteri Yang Sedang Haid. 4) Menambah Puasa Sehari Sebelum Atau Selepas Hari As-Syura. 5) Memakai Selipar Ketika SembahyangBaginda Mulia telah membezakan amalan umat Islam agar mereka tidak menuruti amalan Yahudi dan Nasrani yang menyembah berhala. Bahkan Baginda berpesan:

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi sesungguhnya akan berlaku kepada umatku perkara-perkara yang betul-betul sama seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil, sehingga jika ada di antara mereka orang yang berzina dengan ibunya dengan berterang-terang, nescaya akan ada dalam kalangan umatku orang yang melakukan perkara yang demikian;…

1) Berdoa Selepas Makan Kecuali Ketika Berbuka Puasa

Dalam Islam, doa sebelum makan hanya dibaca ketika berbuka puasa. Ketika memulakan makan selain daripada berbuka puasa, Rasulullah s.a.w. hanya membaca “Bismillah….” dan berdoa selepas makan (doa memuji Allah yang memberikan makanan).

Diriwayatkan hadith dari Abi Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Adapun Nabi s.a.w. ketika sudah selesai makan dan ketika telah selesai minum, Baginda membaca (doa) “Alhamdulillahillazi at’amana, wa-saqona, wa-ja’alana minal muslimin’ [Maksudnya: Segala pujian bagi Allah yang memberikan aku makan dan memberikan aku minum dan menjadikan aku orang Islam.' [Hadith at-Tirmidzi]
Doa seperti “Allahumma bariklana fima razaktana” sepatutnya dibaca selepas makan kerana “razaktana” bermaksud “telah memberi rezeki”. Bahasa yang digunakan adalah dalam bentuk “past tense” (telah memberi rezeki dan rezeki itu telah masuk ke dalam perut). Berdoa sebelum makan adalah amalan orang Kristian. Mereka membaca doa kesyukuran sebelum makan dan mereka berdoa “Dear God, we thank you for the food”

2) Sahur & Berbuka Puasa


Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.” Hadis riwayat an-Nasaie. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Agama akan sentiasa tampak syi’arnya dengan nyata selama orang Islam berbuka puasa dengan segera (tepat pada waktunya), kerana orang-orang Yahudi dan Nasrani melambatkannya.

3) Makan Dan Tidur Bersama Isteri Yang Sedang Haid.

Daripada Anas r.a. bahawasanya orang-orang Yahudi apabila isteri-isteri mereka haidh, mereka tidak makan bersama-sama dengannya, dan tidak mahu tinggal bersama-sama di dalam rumah.

Dari Abdullah bin Sa’ad ia berkata:Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang makan bersama-sama dengan perempuan yang haidh, lalu Baginda menjawab: Makanlah bersama-sama dengannya” (HR.Ahmad dan Tirmidzi)

Daripada Siti Aisyah r.a., beliau berkata “Aku pernah minum, padahal aku sedang haid, lalu aku memberikan kepada Rasulullah alaihi wassalam, kemudian ia meletakkan mulutnya ditempat bekas mulutku, lantas Baginda minum. Dan aku pernah menggigit-gigit daging yang masih melekat ditulang, lalu aku berikan kepada Rasulullah kemudian ia meletakkan mulutnya ditempat bekas mulutku. (HR.Jama’ah kecuali Bukhari dan Tirmidzi)

Daripada Aisyah r.a. ia berkata: Adalah seorang di antara kami apabila berhaid, sedang Rasulullah s.a.w. ingin tidur bersama-sama, maka Baginda memerintahkannya untuk menutupi dengan kain di tempat haidnya, kemudian Baginda tidur bersama-sama”(H.R.Ahmad, Bukhari, dan Muslim)

4) Menambah Puasa Sehari Sebelum Atau Selepas Hari As-Syura

Rasulullah s.a.w. bersabda “Berpuasalah kamu pada hari `Asyura’ dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.” (Hadits riwayat Ahmad)

5) Memakai Selipar Ketika Sembahyang
Semasa Nabi Musa bermunajat kepada Allah di Bukit Thur, baginda diperintahkan agar menanggalkan seliparnya. Riwayat lain pula ada menyebutkan, bahawa orang-orang Yahudi tidak akan mengerjakan sembahyang sehinggalah mereka menanggalkan selipar-selipar mereka, maka Rasulullah s.a.w. menyuruh umatnya supaya berbeza dengan mereka. Oleh kerana itulah, harus (boleh) bagi umatnya bersembahyang dengan memakai selipar.

Rumah Pun Nak Kena Kemas Juga





Salam Ramadhan Semua,

Bulan Ramadhan dah nak sampai ke penghujungnya, mesti dah tak sabar-sabar nak balik beraya di kampung kan.. Aku ler tu..kikiki.. Kami nak balik kampung Khamis malam, hubby kata penat balik siang, baik balik malam la sejuk sikit. Tahun ni giliran balik beraya di Terengganu la yer.. sebab tahun lepas dah balik Kuching. Kalo balik Kuching rimas dan risau jer rasa sebab ada connecting flight dari Alor Setar ke KL tu yang lecehnya. Ni balik Ganu free & easy jer rasa (alasan la tu). 

Barang-barang semua belum packing lagi nih, tu yang aku nak kemas-kemas rumah dulu kasi clear dan bersih sebersihnya. Walaupun nak balik beraya di kampung rumah pun bersih dulu, langsir pun basuh juga. Kalau dah namanya aktiviti mengemas ni memang memenatkan, nasib baik hubby ringan juga kudrat dia mahu menolong vakum rumah dan basuh langsir. 

Semua habuk-habuk bawah kerusi dah sedut habis dengan vakum, banyak giler habuk, geram aku menengoknya, yang paling aku tak tahan habuk-habuk bawah tikar sarawak ni lah, habuk-habuk tu masuk ikut celah-celah lubang. Hubby aku dah berapa kali cakap tak payah pakai dah tikar sarawak ni tapi degil nak pakai jugak. Sebabnya aku memang suka dengan tikar ni, unik dan menarik bagi pandangan mata aku walaupun tikar sarawak ni mengumpul habuk-habuk. Cakap suka pakai tikar ni kan, tapi tiap kali mengemas rumah, tikar sarawak ni lah yang aku selalu bebelkan. 

Sahabat-sahabat alam maya camne? dah kemas rumah ker?



Giliran Irma Hasmie Pulak yang Mengandung



Tahniah buat Irma Hasmie dan suaminya, Redza yang bakal menimang cahaya mata pertama mereka. Irma mengesahkan dirinya hamil lebih kurang 5 minggu, pasti comel anak mereka berdua nanti. Aku suka sangat tengok Irma dan Redza ni sama cantik dan sama padan. Secocok sangat-sangat, muka mereka berdua pun seiras jer nampak. Sweet gitu.. Agaknya anak Irma dan Redza ni nanti lebih sepet lagi matanya.. Sejak Irma dan bertudung ni comel sangat tengok dia, berseri-seri jer muka.

"Insya Allah, memang betul saya sudah mengandung. Sekarang ini pun saya agak tidak sihat dan banyak muntah-muntah. Usia kandungan saya 4 minggu dan sudah mahu masuk ke 5 minggu. "Saya selalu muntah-muntah dan tidak boleh menerima makanan. Namun, doktor memberitahu bahawa ini simptom biasa. Saya berharap badan saya cukup kuat menghadapinya. "Setakat ini itu saja alahan yang saya hadapi. Saya tidak mengindam apa-apa pun hanya suami saya saja yang mengidam lebih. Dia pula yang tiba-tiba jadi kuat makan," katanya kepada murai.com.my.


Gembira bakal bergelar bapa, sebagai suami, Redza lebih banyak meluangkan masa bersama Irma.

"Syukur Alhamdulillah. Sekarang ini kandungan isteri saya masih dalam peringkat awal lagi. Saya harap semuanya mendoakan yang terbaik. Saya harap Irma kuat dan tabah. "Disebabkan kesihatan Irma tidak berapa mengizinkan, saya lebih kerap menemaninya ke majlis-majlis tertentu. Saya bukanlah bertindak sebagai pengurus Irma tetapi hanya ingin memantau keadaannya. Itu tanggungjawab saya sebagai suami. Lagipun saya bekerja sendiri dan ianya langsung tidak menganggu waktu kerja saya," jelas Redza.

Tuesday, August 14, 2012

Helo Bro... Tolong Masak!



Anak-anak berebut bergambar

Adik rimas dipeluk kakak

Sesudah masak oleh Bro...

Mee Goreng 'Helo Bro... Tolong Masak!'
Ops maaf yer, entry ni bukan nak cerita pasal rancangan memasak yang kian hangat di Astro Ria setiap jam 6 petang tu apa lagi kalau bukan Helo Bro... Tolong Masak! Ya..ya aku tahu ramai minat tengok program memasak yang memberi sedikit kelainan tu sebab adanya bekas peserta Masterchef yang menjadi tumpuan suatu masa dulu Nik Michael, Zamir dan saudara Fikri (bukan peserta).

Tapi semalam, lewat malam pun ada Helo Bro... Tolong Masak! kat rumah aku ni ha. Masakan dia ialah Mee Goreng Berkeropok Ikan. Bro yang masak ni mungkin tak se-glemer selebriti masakan di luar sana, tapi Bro ni bukan calang-calang orang..siapa lagi kalau bukan suami aku (pap, tepuk dahi!).

Tapi bukan aku yang suruh dia masak okey..so agak 'kurang manis' kalau aku guna tajuk di atas untuk ditujukan kepada suami aku sendiri nampak macam 'mengarahkan suami memasak' jer bunyi nya. Iyer lah gelaran Bro..Bro ni kan gaya orang muda-muda bercakap sesama mereka yer tak. Cuma al-kisahnya memang suami aku suka buat kerja kat dapur, so memasak tu bukan masalah besar baginya. Menyediakan masakan pun dipotong dan disusun kemas dalam pinggan..huahua, bukan nak puji lebih tau..tapi ni lah Helo Bro... Tolong Masak! yang ada kat rumah aku.

Moral: Jangan amalkan makan lewat malam...



Kisah Unta Menjadi Hakim


Kisah Unta Menjadi Hakim

Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh seorang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik.

Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan akan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu rasa kebingungan. Maka dia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu." Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini." Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?" Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."

Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar." Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."

Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."

Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya. 
 
 
 
 

Baca Surah Taha Ayat 25-28 Untuk Kecerdasan Otak



Baca Surah Taha Ayat 25-28 Untuk Kecerdasan Otak


Baca ayat 25 - 28 sebanyak 21 kali tiap-tiap hari selepas solat Subuh, untuk otak cerdas, akal yang sempurna, menguatkan daya ingatan dan menambah ilmu pengetahuan.

Elok diajarkan kepada anak bila menduduki peperiksaan, untuk temuduga dan majlis ceramah.


Terjemahan
"Wahai Tuhanku! Lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku. (Supaya) mereka memahami perkataanku."

 Sumber

Monday, August 13, 2012

Khasiat Buah Betik



Betik atau nama saintifiknya, Carica papaya L, juga dikenali dengan nama ‘papaya’ oleh anak-anak . Betik tergolong dalam keluarga Caricaceae, betik adalah tumbuhan semula jadi tropika Amerika. Betik adalah sejenis tumbuhan saka yang mempunyai batang kayu yang lembut, tegak dan biasanya tidak mempunyai cabang.

Masyarakt Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana dikatakan, ia boleh menghasilkan toksik.


Selain mengandungi vitamin C yang amat besar, dua kali ganda dari kandungan buah limau, betik juga boleh menjadi pendinding daripada serangan penyakit yang mendera kandung hempedu. Hal tersebut ditemukan dalam kajian pakar pemakanan dari University of California, San Francisco terhadap lebih dari 13 ribu orang, baru-baru ini. Setelah menganalisis kadar darah para sukarelawan, para pengkaji menemukan bahawa mereka yang kadar vitamin C nya rendah, ternyata risiko menderita penyakit kandung hempedu adalah tinggi.

Walaupun sumber vitamin C boleh diperoleh dari pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah papaya dalam ukuran sederhana (+/- 280 gram) mengandungi 188 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini adalah jumlah yang amat besar. Memandangkan penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang perempuan berbanding lelaki, jadi memakan buah ini amat baik diamalkan oleh perempuan.

  1. Pucuk betik atau daun muda selalunya direbus dan dijadikan ulam. Ianya mempunyai banyak khasiat antaranya merendahkan tahap kolesterol dalam darah, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit migrain di samping boleh melangsingkan badan.
  2. Pucuk betik mempunyai rasa yang agak pahit. Untuk mengubat penyakit di atas adalah dengan memakan pucuknya yang direbus ataupun meminum satu atau dua gelas air rebusannya.
  3. Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.
  4. Daun betik tua, dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi. Dengar khabarnya, platelet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik. Sejauh mana kebenaran ini, tidaklah diketahui.
  5. Biji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segengam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut, tetapi awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.
  6. Getah daripada daun, buah atau batang berguna untuk mengubati kaki yang pecah-pecah dan cara menyapu getahnya pada tempat berkenaan. Getah betik juga berguna bagi melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas.
  7. Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan.
  8. Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
  9. Air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.
  10. Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.
  11. Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.
  12. Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda.

Walaupun terdapat pelbagai kelebihan dan khasiat memakan buah betik dan daunnya untuk kesihatan, namun penggunaannya hendaklah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudharatan di kemudian hari kelak.
 
 
 
 
 

Roh Pulang ke Bumi di Bulan Puasa




Roh Pulang ke Bumi di Bulan Puasa


Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi.

Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak-anak mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggalah tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka-mereka yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang-orang yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita, sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak-anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.


Sumber

Sunday, August 12, 2012

Nikmat Dan Azab Alam Barzakh




Nikmat Dan Azab Alam Barzakh


Rasulullah s.a.w. bersabda, Sesungguhnya seorang hamba jika telah diletakkan di dalam kuburnya dan para sahabat telah pergi meninggalkannya, dia benar-benar mendengar bunyi terompah mereka. Lalu dua malaikat mendatanginya, keduanya (malaikat) mendudukkan orang tersebut lalu bertanya kepadanya, Apa yang ingin kamu katakan tentang orang ini (Nabi saw)? Adapun orang mukmin, maka dia menjawab, ‘Aku bersaksi bahawa dia adalah hamba Allah dan Rasul-Nya’, lalu dikatakan kepada orang tersebut, Lihatlah tempat tinggalmu di neraka, Allah telah menggantikannya dengan tempat tinggal di syurga’. Lalu dia melihat kedua-duanya.

…dan kuburnya di luaskan tujuh puluh hasta, yang dipenuhi oleh tumbuhan hijau sampai hari mereka dibangkitkan.

“Adapun orang kafir dan munafik, maka dikatakan kepadanya, ‘Apa yang ingin kamu katakan tentang orang ini?’ Maka dia akan menjawab, ‘Aku tidak tahu dan aku hanya mengatakan seperti yang dikatakan oleh kebanyakan orang’. Lalu dikatakan kepadanya, ‘Engkau tidak tahu dan engkau tidak membaca (belajar)’. Kemudian dia dipukul dengan sekali pukulan di bahagian antara kedua telinganya, lalu dia menjerit dengan jeritan yang dapat didengar oleh makhluk lain selain jin dan manusia.

…dan disempitkan kuburnya sehingga terhimpit dan rosak tulang-tulang rusuknya (Riwayat Bukhari dan Muslim)




Bolehkah Mandi Junub Selepas Waktu Imsak




Bolehkah Mandi Junub Selepas Waktu Imsak?

Soalan:-

Berkenaan dengan mandi junub, di dalam bulan Ramadhan, adakah kita perlu mandi junub sebelum imsak atau pun boleh mandi junub selepas imsak?

Jawapan:-

Tidak menjadi masalah mandi junub selepas imsak, malah selepas masuk waktu subuh. Ia tidak memberi sebarang kesan kepada puasa. Yang perlu dijaga ialah jangan bersetubuh selepas masuk waktu subuh kerana ia membatalkan puasa. Adapun bersetubuh sebelum masuknya subuh, ia tidak membatalkan puasa sekalipun mandi junub dilakukan selepas subuh.

Saidatinia ‘Aisyah r.a. dan Ummu Salamah r.a. pernah menceritakan bahawa; “Nabi s.a.w. pernah bangun pagi dalam bulan Ramadhan dalam keadaan berjunub kerana bersetubuh dengan isterinya. Baginda mandi dan kemudiannya berpuasa tanpa mengqadhanya”
- (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Jadi bagi orang yang bersetubuh dengan isterinya, harus melewatkan mandi junub sehingga selepas masuk waktu subuh. Begitu juga, bagi wanita yang terputus haidnya pada sebelah malamnya, tidak batal puasanya jika ia menangguh mandinya hingga selepas subuh. Namun demikian, menyegerakan mandi dalam semua keadaan ini adalah disunatkan.

Wallahu a’lam.


Sumber

Siapakah yang wajib mengeluarkan fidyah puasa




Soalan:

Siapakah yang wajib mengeluarkan fidyah puasa? Bagaimana cara mengeluarkannya?

Jawapan:

Fidyah puasa bermaksud mengeluarkan kadar tertentu dari makanan asasi setempat bagi setiap hari yang ditinggalkan dari puasa bulan Ramadhan dan diberikan kepada orang miskin.

Kewajipan fidyah puasa ini berdasarkan firman Allah: “…Dan wajib ke atas orang-orang yang payah/sukar mengerjakan puasa (kerana tua, sakit yang tiada kemungkinan sembuh dan sebagainya) membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin (bagi tiap-tiap hari yang ditinggalkan puasanya)…”.
- (al-Baqarah: 184)

Orang-orang yang dituntut membayar fidyah puasa ialah:

1. Orang yang meninggalkan puasa kerana sakit yang tiada harapan sembuh

2. Orang tua yang tiada lagi kemampuan/daya untuk berpuasa.

3. Wanita hamil yang berbuka puasa kerana bimbangkan kandungannya.

4. Wanita menyusu yang berbuka puasa kerana bimbangkan anak yang disusuinya itu.

5. Seorang yang mati sebelum sempat mengqadha’ puasanya.

6. Seorang yang sengaja menangguh-nangguh qadha’ puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya dan ia belum menunaikan puasa Qadha-nya. Ia wajib membayar fidyah di samping mengqadha puasanya itu.

Kadar satu fidyah ialah secupak beras (menyamai ukuran hari ini; 650 gram beras).[1] Menurut mazhab Imam Abu Hanifah; harus dikeluarkan dengan wang senilai dengan harga beras itu. Malah beliau mengharuskan menunaikan fidyah itu dengan memberi makan orang miskin, yakni membuat makanan dan kemudian menjemput orang miskin menikmatinya. Memakai pandangan Imam Abu Hanifah ini, Syeikh 'Atiyah Saqar rhm (bekas pengerusi Lujnah Fatwa al-Azhar) menyebutkan; satu fidyah ialah dengan memberi makan seorang fakir/miskin dengan makanan yang mencukupinya untuk makanan pagi (ghada’) dan malam (asya’).

Satu fidyah hanya harus diberikan kepada seorang fakir miskin sahaja. Namun jika fidyah itu banyak, maka harus jika hendak diberikan kepada seorang atau beberapa orang fakir dengan syarat bilangan mereka tidak boleh melebihi bilangan fidyah (supaya tidak berlaku satu fidyah diagihkan kepada lebih dari seorang fakir).

Jika orang yang wajib membayar fidyah tersebut tidak mampu membayarnya kerana miskin, maka terhapuslah kewajipan membayar fidyah seperti terhapusnya kewajipan membayar zakat fitrah. Pendapat ini yang disokong oleh Syeikh Ibnu Hajar di dalam kitabnya “Tuhfah”. Namun menurut Syeikh Ramli dan juga Khatib Syarbini; tidak terhapus kewajipan membayar fidyah kerana miskin dan fidyah yang belum terbayar itu menjadi hutang. Jika ia mati sebelum membayar fidyahnya, hendaklah dikeluarkan dari harta peninggalannya. (Rujuk; Sabilal-Muhtadien, hlm. 768, lihat juga; al-Majmu’, jil. 6, hlm. 257)

Wallahu A’lam.

Rujukan;

1. al-Fiqh al-Manhaji, jil. 2, hlm. 92.
2. Sabilal-Muhtadien, hlm. 768.
3. Al-Majmu’, jil. 6, hlm. 257.
4. Al-Iqna’, jil. 2, hlm. 353
5. Fiqh al-‘Ibadat, Hasan Ayyub, hlm. 449.2.
6. Al-Fatawa Min Ahsanil-Kalam, Syeikh 'Atiyah Saqar, jil. 2, hlm. 16.

Nota Kaki;

[1] Menurut mazhab Syafi'ie; Syarat makanan bagi Fidyah dan Kaffarah menyamai syarat makanan bagi Zakat Fitrah dari segi jenis dan sifatnya. Begitu juga, disyaratkan dalam kewajipan Fidyah dan Kaffarah (sebagai mana zakat fitrah) ada kelebihan dari keperluan diri sendiri dan ahli keluarga termasuklah khadam (merangkumi keperluan makanan, pakaian dan tempat tinggal). (Rujuk; al-Iqna’, jil. 2, hlm. 353)


Sumber
 
 
 

Saturday, August 11, 2012

Chong Wei mohon maaf klip video hina Lin Dan



Datuk Lee Chong Wei memohon maaf berhubung klip video penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee yang menghina bintang badminton China, Lin Dan.

"Saya memohon maaf atas video tersebut, saya juga tidak tahu apa-apa tentang lagu itu, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua, diharap peminat (badminton) China boleh memaafkannya," kata Chong Wei dalam laman web peribadinya di "microblogging" weibo, laman web di China yang bersamaan dengan Twitter.

Baru-baru ini, Namewee memuat naik klip video ciptaannya di laman web yang mengandungi maki-makian dalam bahasa Hokkien terhadap Lin Dan selepas Chong Wei kalah 21-15, 10-21, 19-21 kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik London, di Arena Wembley.

Klip itu kemudiannya, tersebar ke seluruh forum utama dan telah menimbulkan kemarahan di kalangan peminat badminton di China.

Media dalam talian China, Souhu melaporkan bahawa Namewee mempertahankan dirinya dengan berkata, dia hanya meluahkan perasaannya seperti seorang peminat biasa.

"Biasanya, peminat akan hanya marah di rumah, tetapi saya buat dalam bentuk video untuk menunjukkannya," dakwa beliau.- Bernama

Waktu yang terbaik untuk berdoa




Waktu yang terbaik untuk berdoa


1. Waktu sahur.
2. Waktu selepas azan.
3. Waktu 1/3 malam.
4. Waktu hujan lebat.
5. Waktu melihat Kaabah.
6. Waktu tawaf dan sa'ei.
7. Waktu setiap kali lepas sembahyang.
8. Waktu setiap kali lepas membaca al-Quran.
9. Waktu hampir untuk berbuka puasa.
10. Waktu berpuasa wajib atau puasa sunat.
11. Waktu di antara dua khutbah Jumaat.
12. Waktu di antara iqomah dan sembahyang.
13. Waktu berkumpul dalam majlis ilmu atau majlis zikir.
14. Waktu dalam kesedihan, kesusahan dan penderitaan.
15. Waktu semasa meminum air zam-zam.
 
 
 
 
 

Tips 10 Malam Terakhir Ramadhan



Tips 10 Malam Terakhir Ramadhan


Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini.

Pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!

Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah S.A.W mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T sambil diikuti oleh para Sahabat R.A.

Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.

Tips

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :

1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.

2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.

3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.

4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.

5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.

6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.

7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.

8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.

Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.
 
 
 
 
 

Friday, August 10, 2012

Dah Habis Shopping Kelengkapan Raya ke Belum


Gambar raya tahun 2011, balik beraya di Kuching.

Salam Ramadhan semua,

Hari ni dah 20 ramadhan, persiapan untuk menyambut Syawal pasti semakin rancak kan.., kami sekeluarga cuma ala kadar jer. Baju raya anak-anak yang paling awal dibeli, susah juga nak cari baju yang berkenan, bukannya apa masa nak shopping tu malam jer boleh, kalau siang-siang memang aku malas nak ke shopping complex.. 

paling senang dan cepat memilih ialah hubby la, dia pilih baju melayu pun jap jer dia pilih dan terus sambar, ye lah baju orang lelaki mana ada design macam-macam yang memeningkan kepala untuk memilih. Baju budak-budak plak punyalah mahal banding dengan baju orang dewasa. Aku punya part tudung jer belum beli lagi.

Lepas ni nak jenguk kuih muih la plak rasanya, ke mana nak dituju pun belum tahu lagi. Kereta pun belum servis lagi ni. Macam-macam nak kena pikir sebelum bercuti, duit macam air jer mengalir keluar. Dalam pada sibuk membuat persiapan raya jangan dilupakan amal ibadah juga, terutamanya 10 malam terakhir ni.

Thursday, August 9, 2012

Makanan Untuk Penjagaan Rambut




Makanan Untuk Penjagaan Rambut

Penjagaan dan kesihatan rambut juga adalah penting dan perlu dititik beratkan tak kira perempuan mahupun lelaki. Bayangkan kalau kita takde rambut disebabkan kerosakkan dan kurangnya penjagaan yang rapi malu la kan! Kalau aku biasanya selalu gatal kulit kepala, nak kata ada kelemumur takde lah pulak. Kulit kepala aku jenis kulit kepala yang berminyak, so sekali sekala tu kalau sental dengan limau nipis tu akan rasa lega la jugak. Petua limau nipis dan santan kelapa aku selalu juga amalkan.
 
 
Telur – Asingkan antara putih dan kuning telur, kemudian ambil kuning telur dan sapukan pada rambut anda. Biarkan selama 15 hingga ke 25 minit. Seterusnya, bilas rambut anda menggunakan air bersih. Amalkan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Rambut anda akan lebih bersinar.

Madu - Campurkan 2 sudu besar madu lebah dengan 2/3 cawan minyak zaitun, kemudian urut ke rambut dan bungkus dengan menggunakan penutup rambut (showercap) selama 40 minit. Seterusnya, bilas dengan air bersih. Ia mungkin melekit pada rambut anda.


Limau Nipis - Ia cara terbaik untuk masalah rambut kering, berbiji, bercabang atau rosak. Lumurkan limau nipis pada rambut anda. Biarkan selama 25 hingga 35 minit. Kemudian, bilas rambut anda menggunakan air bersih.

Santan Kelapa - Santan kelapa boleh membantu untuk memastikan kelembapan rambut anda dan menyuburkan rambut. Cuci rambut anda menggunakan santan kelapa. Biarkan ia selama 45 minit hingga 1 jam mengikut keselesaan. Kemudian, bilas menggunakan air bersih.

Kacang Hijau - Kacang hijau boleh melebatkan pertumbuhan rambut anda. Rendamkan kacang hijau semalaman. Kemudian picitkan kacang hijau yang sudah lembut dan sapukan di atas kulit kepala. Biarkan selama 45 minit. Kemudian bilas rambut anda dengan air bersih.
 
 


Setiap Tahun Pasti Dato' Siti Menunaikan Umrah Di Bulan Ramadhan




SEJAK kali pertama menunaikan umrah pada bulan Ramadan beberapa tahun lalu, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 33, berdoa agar setiap tahun dia akan kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadat puasa di sana.

Doa yang dipanjatkan sekali lagi dimakbulkan Yang Maha Esa apabila pada hari ni, 9 Ogos, wanita kaya sifat rendah diri itu bakal berangkat ke Makkah dan dijadualkan kembali ke tanah air sehari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Hati Siti terpaut saat kali pertama berpeluang menunaikan umrah pada bulan Ramadan. Satu perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata dan hanya mereka yang pernah mengalaminya saja yang tahu.

“Di Makkah, kita tidak fikir hal lain melainkan beribadat. Masih segar dalam ingatan Siti berbuka puasa di Masjidil Haram walau hanya dibekalkan yogurt, roti dan kurma tidak seperti juadah di sini yang penuh meja tetapi ia sudah cukup mengenyangkan.

“Makanan yang sedikit itu rasanya sangat nikmat. Selain itu, kelebihan menunaikan solat di Makkah dijanjikan pahala berlipat ganda,” kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Jerat Percintaan itu.

Nazmi Faiz Berpuasa di Portugal


Bersama rakan sepasuka Rafael Batatinha dalam bilik persalinan
Penyokong sempat bergambar kenangan dengan pemain import Beira-Mar (Nazmi Faiz lah)
Nazmi berdiri baris tengah dari kiri sekali
Dengan harapan mencipta nama di perantauan dan membawa nama Malaysia
Sudut pandang depan
Pada saat kita menjalani ibadah puasa di tanahair, seorang anak muda kita berada di perantauan dengan suasana dan persekitaran yang berlainan dan sudah pasti mencabar. Di Portugal, segala-galanya sangat asing bagi beliau, siapa lagi kalau bukan pemain bola sepak berbakat Nazmi Faiz Mansor. Kini Nazmi giat berlatih dengan pasukan barunya Beira-Mar FC sepanjang bulan Ramadhan ini, dan kemungkinan beliau tidak balik ke Malaysia untuk menyambut Aidilfitri kerana liga utama Portugal akan memulakan aksi pertama dalam bulan ini juga.

Semoga adik Nazmi ni tabah, kuatkan semangat, kekalkan jati diri-agama-dan bangsa.



Resepi Mee Bandung






MEE BANDUNG

Bahan-Bahan:

500 gm mee kuning (dicelur)
250 gm ayam (dipotong kecil)
200 gm udang (jika suka)
Fish ball
2 s/b pes cili kering
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 mangkuk stok ayam
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 biji telur 
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)
Sedikit taugeh

bawang goreng
cili merah (mayang)
Garam, sedikit gula & minyak masak

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & pes cili kering hingga garing.
2. Masukkan ayam, sos tomato, sos cili dan sos tiram.
3. Masukkan stok ayam dan biarkan mendidih.
3. Biarkan merenih perlahan-lahan.
4. Masukkan udang, sawi, & taugeh, garam dan sedikit gula. Biarkan masak selama 2 minit.
5. Masukkan telur dan tak perlu kacau.
5. Bila dah masak tuangkan kuah atas mee yang dah dicelur terlebih dahulu.
6. Taburkan dengan hirisan daun sup, daun bawang, cili merah dan bawang goreng.


Wednesday, August 8, 2012

Jagalah Lidah Dari Mengumpat dan Mencaci



…. dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Hujraat:12)

Jagalah lidah daripada mengumpat. Pada zaman Rasulullah (saw), dua orang wanita sedang berpuasa dan tidak dapat menahan keperitan kelaparan, sehingga kedua-duanya hampir maut. Para sahabat membawa berita ini ke pengetahuan Nabi (saw), lantas baginda mengirimkan sebuah mangkuk dan menyuruh mereka muntah ke dalamnya. Apabila kedua-duanya memuntahkan isi perut mereka ke dalam mangkuk, maka keluarlah ketulan-ketulan daging mentah dan darah. Para sahabat terperanjat besar, lalu sabda Rasulullah (saw): “Mereka berpuasa dengan makanan yang halal tetapi mereka mengumpat semasa sedang berpuasa, maka keadaan puasa mereka menjadi semakin payah. ” Oleh sebab itulah kedua-dua wanita itu hampir-hampir menemui maut.

Mengumpat ialah menceritakan keburukan seseorang di belakangnya, walaupun perkara itu benar.
Salah seorang sahabat Nabi (saw) bertanya: “Apakah itu mengumpat?” Rasulullah (saw) menjawab: “Menyebut sesuatu mengenai saudaramu di belakangnya yang dia tidak suka.” Selanjutnya Sahabat itu bertanya: “Dan masihkah dikatakan mengumpat sekiranya apa yang disebutkan mengenainya itu benar terdapat padanya?” Rasulullah (saw) menjawab: “Dalam hal demikian (iaitu jika yang disebutkan itu memang benar) maka sebenarnya itulah mengumpat; tetapi jika apa yang disebutkan itu palsu, maka kamu telah memfitnahnya.
Larilah daripada mendengar perbualan mereka yang sedang mengumpat atau bela orang yang diumpat.
Rasulullah s.a.w bersabda “Siapa yang melihat saudara seagamanya diumpat dan dia tidak menolong saudaranya padahal dia boleh melarang atau menyokong saudaranya, maka Allah akan menghinanya di dunia dan akhirat” (Riwayat Ibnu Ad Dunya dari Anas) 
Rasulullah (saw) telah bersabda “Mengenai mengumpat, kedua-dua pengumpat dan orang yang mendengar keadaannya adalah sama berkongsi dosa.
Mengumpat adalah satu dosa besar dan hanya orang yang diumpat sahaja boleh memaafkan dosa mengumpat itu. Kesan daripada perbuatan mengumpat adalah sangat buruk. Diantara contohnya ialah; boleh memusnahkan sesebuah rumah tangga atau merosakkan imej seseorang.

Mengumpat hanya dibenarkan sekiranya perlu untuk menyelamatkan seseorang daripada sesuatu penipuan atau kejahatan, namun kejahatan itu tidak boleh diceritakan secara terus-terang.
An-Nisaa [148]….Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Dalam surah Al-Humazah pula diceritakan tentang seksa yang bakal diterima oleh pencaci dan pengeji.
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, (1) Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; (2) Dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! (3) Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”. (4) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Al-Hutamah” itu? (5) (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya); (6) Yang naik menjulang ke hati; (7) Sesungguhnya api Neraka itu ditutup rapat atas mereka. (8) (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang. / (9)

Sumber
 


Azizulhasni Awang Kalah Sebab Dia Pendek


Ya dia pun bangga dengan keupayaan dia walaupun pendek
The Pocket Rocketman
Tahniah, walaupun gagal membawa sebutir pingat, apabila menduduki tempat keenam dalam acara keirin individu lelaki Sukan Olimpik 2012 baru-baru ini. Itu acara kegemarannya.

Apapun sukan ini bukan untuk atlit lelaki yang tinggi sepertinya...
Fizikal sepertinya...

Dia paling rendah di kalangan pelumba basikal trek di Malaysia
Dia juga paling rendah di kalangan pelumba China dan Korea Selatan...
Dia paling rendah di acara trek Olimpik London, rendah sangat-sangat...

Blogger sukan terkenal, Rizal Hashim
Tapi dia sama tinggi (jer rupanyer) dengan blogger sukan tu (Rizal Hashim)...
Dia sama tinggi dengan isterinya...
Dia sama tinggi dengan Nicol David...
Dia sama tinggi (jer) keupayaan dengan pelumba-pelumba handalan dunia yang lain...itulah peliknya.

Azizulhasni Awang tetap pelumba basikal trek terbaik dunia, siapa nak bagi kita pelumba di kedudukan 6 terbaik dunia kalau bukan disebabkan usaha hebat dan luarbiasa daripada Azizul ni yang sememangnya terlalu rendah dan kecik di kalangan pelumba trek dunia. Tapi kekuatan luar biasa dan minda yang terkawal, emosi yang stabil menyebabkan dia yang terbaik di dunia dari segi fizikal! Dialah pelumba no 1 dunia jika perkiraan dan congakan matematik dilakukan (fizik dan biologi diambil kira).

Usah bersedih Azizul...
Usah bersedih dan kecewa rakyat Malaysia (dan penduduk Dungun)...
Sebab di Olimpik 4 tahun lagi dia baru berusia 28 tahun...






Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...