Friday, September 15, 2006

Kenangan di Langkawi Bahagian 1

Berkunjung ke Langkawi, tak lengkap rasanya tanpa island hopping. Gambar ini diambil ketika berada di Tasik Dayang Bunting yang terkenal dengan mitosnya itu. Kisah rakyat turun temurun ini menyatakan bahawa bagi wanita yang telah berkahwin tetapi masih tidak dikurniakan cahaya mata untuk jangka masa yang lama, bolehlah mencuba untuk meminum air tasik ini yang diyakini mampu memberi harapan baru.

Di sini lengkap dengan kemudahan seperti sukan air, tandas awam dan juga pondok istirehat. Pengunjung juga dibenarkan berenang di tasik misteri ini tetapi terdapat had jarak yang dibenarkan untuk keselamatan. Pernahkah anda mengurut telapak kaki anda? Sudah tentu pernah bukan? Tetapi di sini anda berpeluang diurut oleh kejinakan ratusan ikan keli yang terdapat di kolam khas berdekatan. Apa yang penting, ia percuma!

Kenangan di Lost World of Tambun Bhg. 2

Kelihatan berjersi biru ala Frank Lampard dalam pasukan Chelsea ialah husband saya, manakala yang berbaju merah pula ialah ehem-ehem kepada si Pu3 (sedang berendam). Tak pastilah ehem-ehem tu ada sebarang kaitan dengan gejala sakit-sakit tekak. Maklumlah musin jerebu baru sahaja reda. Pun begitu andainya penyakit ehem-ehem ini mula menular ke hati, maka untuk mengubatinya bukan mudah. Antara tanda-tanda awal penyakit ehem-ehem ini berjangkit turun ke hati ialah 1) Sukar tidur malam 2) Ruam pada telinga 3) Kerap berangan 4) Intonasi percakapan semakin lemah, dan 5) Demam-demam sejuk. Sedikit informasi di sini: sewa untuk menggunakan pelampung ini agak murah iaitu RM 10 sebagai deposit dan akan dipulangkan RM 3 sebagai habuan jika kita rajin mengembalikannya ke tempat asal (pondok pelampung).

Haa...gambar ni pulak diambil sebagai tanda penghormatan kepada si jurugambar yang tak bertauliah (level dia bawah sikit daripada jurugambar amatur). Lepas penat berposing sakan, kami menikmati makanan yang enak-enak gitu di sebuah restoran yang satu-satunya ada di dalam kawasan taman tema ini. Makanannya okay. Biasanya nasi lemak je yang ada. Selain tu ayam gorengnya juga tidak terperi sedapnya, bisa mengatasi kesedapan ayam KFC. Bezanya taklah sampai menjilat jari. Nah...apalagi! Datanglah ke Taman Tema The Lost World of Tambun. Macam-macam ada di sini yang bisa membuatkan anda semua teruja. Ayuh...hubungilah saya untuk keterangan lanjut...selanjut-lanjutnya.

Kenangan di Lost World of Tambun Bhg. 1

Gambar kawan-kawan yang turut sama mengikuti pakej rombongan ke
Lost World of Tambun di Ipoh, Perak. Semua dok pakat posing maut tahap dewa (bukan kumpulan Dewa). Gaya posing beginilah yang digeruni oleh para penarik beca disekitar Ipoh. Untuk mengelakkan tergeliat, maka Pu3 cuba untuk meng-control ayu dengan menyimpang kaki kanannya dibelakang kaki kiri sebagai tanda protes terhadap reaksi penarik beca di situ.
Dari kiri: Adik Putri, Tak Payah Bubuhlah Nama dan Pu3.
Saya bersama Pu3 bermain di salah satu tarikan utama di sini yang dilengkapi tujuh jenis ombak buatan manusia. Pu3 ni seorang yang tidak reti berenang dan pernah sekali dia hampir lemas tetapi mujur jurus ada life saver ala-ala Bay Watch punya yang terus melompat ke arah kami demi menyelamatkan si Pu3. Apapun Pu3 dan saya memenag seronok bangat dapat menikmati percutian sebegini. Maklumlah asyik penat bekerja, tambahan pula di bawah arahan Bos Singa Utara.

Pakej ke Kuching Sarawak


Pakej-pakej ke Kuching Sarawak adalah seperti berikut:
Pakej Bulan Madu
Pakej Pengembaraan
Pakej Membeli-belah

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...