Showing posts with label Destinasi Menarik. Show all posts
Showing posts with label Destinasi Menarik. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

Kuala Lumpur Antara Lima Bandar Termurah Untuk Dilawati


PETALING JAYA: Kuala Lumpur adalah antara lima bandar termurah di dunia untuk dilawati, menurut edisi terbaru TripAdvisor TripIndex yang diterbitkan pada Rabu.

Satu malam di ibu negara Malaysia, termasuk bilik hotel bertaraf empat bintang, tambang teksi, makan malam dan koktail secara purata membawa anda berbelanja sebanyak AS$194,43.

TripIndex mendapati Hanoi ($84.89) menjadi bandar yang paling mampu dikunjungi, diikuti Beijing ($159.05) dan Bangkok ($161.90).

Budapest adalah destinasi Eropah termurah dalam senarai itu, di mana satu malam di ibu negara Hungary menetapkan jumlah $193,78 secara purata, sedikit murah berbanding Kuala Lumpur.

TripIndex membandingkan harga perbelanjaan malam di destinasi pelancongan paling popular di seluruh dunia untuk musim panas 2012.

Kos purata yang disebut meliputi dua koktel, makan malam untuk dua orang di sebuah restoran, tambang teksi dan penginapan satu malam untuk dua orang di sebuah hotel.

Bandar-bandar di Eropah adalah yang paling mahal, dengan London $500 ($361.64 untuk penginapan dan $82.61 untuk makan malam), diikuti oleh Oslo di Norway ($499.91), Zurich di Switzerland ($485.82) dan Paris.(Mstar)
 
 

Saturday, May 19, 2012

Percutian Keluarga ke Bukit Bendera Pulau Pinang



Inilah mercutanda pertama apabila anda menjejak kaki ke kawasan tumpuan pelancong ini
Pada percutian yang lepas (Mac 2012), kami telah ke Pulau Pinang untuk memenuhi masa bersama dengan anak-anak dan penginapan pilihan kami ialah di Tanjung Bungah Beach Resort. Ini bukanlah kali pertama ke Pulau Mutiara itu kerana jaraknya pun hanya dua jam perjalanan menaiki kereta dari Changlun, Kedah. Cuma ada beberapa destinasi yang masih belum berkesempatan untuk dikunjungi. Antaranya ialah Bukit Bendera.


Dari hotel penginapan ke Bukit Bendera memang jauh kerana Bukit Bendera bukan dalam destinasi yang dirancang, jadi sebelum balik ke tanah besar maka kami terus menuju ke Air Itam.

Untuk ke Bukit Bendera anda perlu melalui Air Itam iaitu sebuah bandar satelit di luar kawasan bandar Georgetown, dan meliputi kawasan perumahan seperti banglo, apartment, kondominium, rumah kedai, rumah pangsa, rumah teres dan rumah Kampung.

Untuk ke sini dengan menggunakan pengangkutan awam seperti bas Rapid Penang ialah sekitar 30-45 minit dari pusat bandar Georgetown. Jika berkenderaan sendiri adalah sekitar 20 minit sahaja bergantung kepada keadaan trafik (dan jika anda tidak tersesat).
Stroller untuk anak kecil jug boleh dibawa menaiki keretapi

Bukit Bendera berada pada kedudukan 833 meter dari aras laut dan paling ideal untuk menikmati panorama indah bandar Georgetown. Tiket beharga RM8 untuk dewasa dan RM4 untuk kanan-kanak, tapi anda perlu menunjukkan MyKad untuk pengesahan warga negara. Bayi tidak dikenakan bayaran. Bagi pelancong asing pula bayarannya ialah RM30 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak.

Untuk info, tambang ini adalah peningkatan 100% daripada harga asal disebabkan peningkatan kos operasi keretapi elektrik yang lebih moden berbanding sebelum ini yang digerakkan dengan kabel. Dikatakan kos operasi sehala keretapi ini mencecah RM500.

Tiket menaiki keretapi Bukit Bendera
Untuk pengetahuan, tiket khas untuk pekerja dan penduduk yang kerap berulang-alik di Bukit Bendera (pas bulanan) adalah cuma RM24. Maksud pekerja di sini ialah orang yang bekerja di lereng atau puncak Bukit Bendera yang terdapat Balai Polis, Pejabat Pos Mini, Klinik Kesihatan dan Resort (menurut pemerhatian kami ini yang kami nampak sepanjang berada di sana).

Menunggu untuk menaiki train
Tempat menunggu untuk menaiki train Bukit Bendera ini agak sempit, tak boleh dibayangkan jika pada musim cuti persekolahan. Kami ke sini pada pertengahan minggu dan bukan di hujung minggu seperti kebiasaan pilihan ramai.

Manakala si suami pulak, meninjau ke lorong masuk ke dalam train (pintu pagar terakhir sebelum masuk), dan mengambil gambar seperti di bawah ni.
Petugas sedang membuat pemeriksaan rutin agaknya...
Keretapi baru ini lebih laju dan menggunakan koc buatan Switzerland yang moden serta selesa untuk penumpang dan jadual perjalanan kereta api itu ialah setiap setengah jam mulai 
6.30 pagi hingga 9 malam setiap hari.

Kapasiti kereta api ini juga bertambah kepada 1,000 orang sejam berbanding 280 sebelum ini. Malah, penumpang tidak perlu menukar gerabak untuk sampai ke puncak bukit dan perjalanan 
hanya mengambil masa lima minit.

Keratapi bewarna merah putih itu adalah model yang lama sengaja dipamerkan di gerabak berasingan
Bergambar kenangan dalam keretapi setibanya di puncak


Kelihatan ramai juga pelancong asing di puncak Bukit Bendera
Memandangkan kami datang ke sini pada waktu petang, maka kedinginannya agak kurang terasa. Jika datang pada waktu pagi, pasti kabus mengelilingi kawasan ini.

Kenangan...
Kamila mencelah di luar pagar, betul-betul mengejutkan kami...hanya 1 meter ke cerun yang curam!
Sky Terrace, tempat minum-minum...
Salah satu kemudahan untuk dicuba, kena bayar tau...
Kamila meneropong..
Kashif di atas meriam lama
Pemandangan bandar Georgetown dan kelihatan Jambatan Pulau Pinang
Bangunan ikonik di Georgetown, apalagi kalau bukan bangunan KOMTAR
Panorama indah, suhu yang dingin di atas Bukit Bendera
Boleh juga menaiki bas bernombor 204 Rapid Penang dari Jeti ke sini, tambang RM1.50
Petang tu, terasa kepuasan dapat menjejak kaki ke Bukit Bendera yang selama ini hanya sekadar tahu pada namanya walaupun sering ke Pulau Pinang sejak 10 tahun lalu. Semoga, percutian ringkas kami dengan beberapa info berguna menjadi panduan untuk dikongsi bersama.



Monday, May 7, 2012

Petang Yang Tenang & Mendamaikan




Nah! petang-petang camni, ce tengok gambar ni, biar rasa tenang sket..baru ni aku ada nampak pasangan pengantin baru buat outdoor Photography kat sini. kalau lalu kawasan ni nampak macam kotor jer tapi bagi yang tahu menilai dan menghargai seni, memang nampak menarik..

dah petang camni, aku pun nak bawa kakak & adik main-main kat luar..kakak pun dah cakap nak main bola kat padang. harap-harap petang ni tak hujan. Kepada rakan-rakan blogger yang singgah di teratak alam maya kasihsalina.com ni, Insyallah aku akan buat kunjungan balas malam nanti..

ok..selamat ber- blogging semua..




Monday, April 30, 2012

Ke Kuala Perlis Lagi



Assalamualaikum semua,

Petang kemarin kami ke Kuala Perlis lagi, itu jer destinasi yang dekat dengan kami. Dekat pun dalam 35 km juga la dari rumah kami. Aku teringin nak makan laksa kat Kedai Kak Su Kuala Perlis tu. Tapi kecewa sikit la, sampai2 jer kat kedai Kak Su tu ramai giler orang, dah takde tempat duduk. Itu satu hal, aku tengok kat meja2 pelanggan pun belum lagi terhidang laksa dan airnya. Tak sanggup kami nak menunggu. 

Terus ke kaunter tanya lama tak kalo nak bungkus? Dia kata kalo nak sikit ada dah yang ready pack. So, beli la 2 bekas laksa, dia letak dalam bekas plastik dan bagi sudu sekali, so, senang la nak makan kat tepi2 laut Kuala Perlis tu. 

Masuk dalam kete, fikir nak cari air plak sebab nak beli air kat situ kena menunggu lagi. Dah dapat air, adik Kashif plak tido. Terpaksa la cari port yang sesuai untuk kami makan dan Kashif selamat tido dalam kete.

Dah lepas makan tengok matahari dah mula nak terbenam, tangkap la gambar dulu tuk buat entri kan! haha..

itulah dia cite aku yang tak berapa nak menarik pun..huhu..

 Heran sungguh aku, kalo weekend jer ramai sangat orang kat Kuala Perlis tu. Ramai sangat ke orang nak ke Langkawi. Bas pelancong banyak dan parking kete bermalam untuk orang kereta ke Langkawi pun penuh. Depan Putra Berasmana tu ada playground, aku suka bawa anak2 main kat situ. Sekarang ni memang susah dah nak ke playground tu sebab parking tu sentiasa penuh dengan kereta yang orang tinggal.






Sunday, April 22, 2012

Program Travelog ‘Jom Terokai Perak’ Bersama Maria Tunku Sabri



Sempena menyambut Tahun Melawat Perak 2012, TV3 menampilkan sebuah program travelog terbaru, ‘Jom Terokai Perak’ dengan kerjasama kerajaan negeri Perak dan Tourism Perak. Korang semua ada menonton tak? Minggu lepas ada kesempatan aku menonton program tersebut. Aku pun belum lagi menjelajah Negeri Perak Darul Ridzuan ni, setakat ke Ipoh tu ada la.

Program yang dihoskan oleh Maria Tunku Sabri ini akan membawa penonton mengembara ke setiap pelusuk negeri Perak Darul Ridzuan yang sememangnya kaya dengan tradisi, sejarah, pelancongan, aneka makanan, seni kebudayaan dan kraftangan.

‘Jom Terokai Perak’ yang akan bersiaran sebanyak 13 episod mulai 12 April lalu bakal memberi idea dan menarik minat penonton untuk mengunjungi negeri Perak kerana dikurniakan dengan pelbagai tarikan semulajadi dan tempat-tempat menarik untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Bersama hos, Maria Tunku Sabri, ‘Jom Terokai Perak’ akan mengembara dan menawarkan pengalaman manis di pelbagai lokasi, antaranya Taman Negeri Royal Belum, Hutan Paya Bakau Matang, Gua Tempurung, Taman Herba Perak, Hot Spring Sungai Klah, Pulau Orang Utan, Zoo Taiping & Night Safari, Pulau Pangkor, Bandar DiRaja Kuala Kangsar, The Limestone Wonder, Ipoh dan banyak lagi.

Jangan lupa menyaksikan ‘Jom Terokai Perak’ yang dihoskan oleh Maria Tunku Sabri pada setiap hari Khamis jam 5.30 petang, hanya di TV3.




Gambar Kredit: Budiey


Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...