Monday, April 30, 2012

Ke Kuala Perlis Lagi



Assalamualaikum semua,

Petang kemarin kami ke Kuala Perlis lagi, itu jer destinasi yang dekat dengan kami. Dekat pun dalam 35 km juga la dari rumah kami. Aku teringin nak makan laksa kat Kedai Kak Su Kuala Perlis tu. Tapi kecewa sikit la, sampai2 jer kat kedai Kak Su tu ramai giler orang, dah takde tempat duduk. Itu satu hal, aku tengok kat meja2 pelanggan pun belum lagi terhidang laksa dan airnya. Tak sanggup kami nak menunggu. 

Terus ke kaunter tanya lama tak kalo nak bungkus? Dia kata kalo nak sikit ada dah yang ready pack. So, beli la 2 bekas laksa, dia letak dalam bekas plastik dan bagi sudu sekali, so, senang la nak makan kat tepi2 laut Kuala Perlis tu. 

Masuk dalam kete, fikir nak cari air plak sebab nak beli air kat situ kena menunggu lagi. Dah dapat air, adik Kashif plak tido. Terpaksa la cari port yang sesuai untuk kami makan dan Kashif selamat tido dalam kete.

Dah lepas makan tengok matahari dah mula nak terbenam, tangkap la gambar dulu tuk buat entri kan! haha..

itulah dia cite aku yang tak berapa nak menarik pun..huhu..

 Heran sungguh aku, kalo weekend jer ramai sangat orang kat Kuala Perlis tu. Ramai sangat ke orang nak ke Langkawi. Bas pelancong banyak dan parking kete bermalam untuk orang kereta ke Langkawi pun penuh. Depan Putra Berasmana tu ada playground, aku suka bawa anak2 main kat situ. Sekarang ni memang susah dah nak ke playground tu sebab parking tu sentiasa penuh dengan kereta yang orang tinggal.






12 comments:

Uncle Lee said...

Hello Salina, nice blog you have. The last time I was at Kuala Perlis I think 1983.
Nice pics you have here a really a beautiful family.
Have a beautiful Sunday, and keep a song in your heart.
Lee.

ibundo said...

salam kenal. kpah dah lama tak ke langkawi.

eelobor said...

agaknya kali terakhir saya ke kuala perlis pada tahun 1995.... huhuhu, dah lama benor tuh

azi said...

Salam..
Kak azi kalau pi Kuala perlis, memang tak pernah lupa singgah beli Laksa..

fiza said...

kena g try jugak laa laksa kak su ni...aku pun hantu laksa :)

Kakzakie said...

Kuala Perlis destinasi akhir sebelum ke Langkawi itulah mesti ramai pengunjung Sal..

wahida said...

betul ke laksa kat langkawi pakai belut kak? huhu...

cinnamon.com said...

salam kenal juga.

saya follow sini.:)

cinnamon.com said...

cantik header:)

Kunang-Kunang said...

Salam salina,

Cantik gambar di kuala perlis tu. Kak ani last ke Langkawi Beberapa tahun lepas. Salam kenal.

cinnamon.com said...

salam,

jomlah datang ke blog saya.

saya ada mengumpat sedikit ttg kamu.:)

mama aini said...

ehem..mama pernah keperlis..tapi tak sg lagi kuala perlis ni..masa pergi langkawi naik feri dr kuala muda kedah je..he2x..cantik pemandangan kat sana..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...