Friday, April 27, 2012

Gambar Aziz Desa Di Wad Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu



Pengacara yang terkenal dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O TV9 telah dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu semalam. Menurut isteri beliau, Raden Nor Azlina, ianya bermula apabila Aziz mengalami kebas kaki dan tangan sejak Selasa lalu. Kemudiannya, abang Aziz Desa membeli ubat di farmasi. Kebas telah hilang setelah Aziz mengambil ubat tersebut, bagaimanapun mula mengalami sakit dada, muntah, pening dan jantung berdegup kencang. Menurut doktor, ianya kesan dari ubat menghilangkan kebas dari farmasi.

Bahaya juga ye, ambik ubat dari Farmasi tanpa nasihat daripada doktor. Seeloknya, buatlah pemeriksaan doktor dengan kadar segera jika mengalami masalah kesihatan yang meragukan.

Update status dari Facebook Aziz Desa;-
ICU Hospital Pakar Perdana KPJ Kota Bharu sejak petang semalam. Hari-hari penuh debaran, cemas, sedih, pilu, sakit, insaf dan pengajaran. Terima kasih komitmen dan dedikasi staf KPJ, KTC, famili, kaum keluarga dan rakan-taulan. Hidup ini indah, semoga ia milik kita semua!
Semoga abang Aziz Desa cepat sembuh dan dapat meneruskan tugasnya kembali.  Kredit gambar Facebook Aziz Desa.



2 comments:

Huda said...

Kesihatan lagi penting dari segalanya..iallah harap abang aziz kembali pulih seperti sediakala..

mama aini said...

semuga aziz cepat sembuh..amin..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...