Monday, April 30, 2012

Najib Umum Kadar Gaji Minimum RM900







Sempat aku tengok berita TV tadi selepas balik dari Alor Setar. Ni Pasal yang Datuk Seri Najib Tun Razak tadi mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta sebanyak RM900 sebulan atau RM4.33 sejam, ini kiraan untuk rakyat di Semenanjung. Di Sabah dan Sarawak serta Labuan pula pada paras RM800 atau RM3.85 sejam.


DS Najib menjelaskan, gaji minimum itu akan meliputi semua pekerja termasuk pekerja asing dalam semua sektor ekonomi, kecuali perkhidmatan domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun.

DS Najib kata itu sebagai hadiah istimewa kepada golongan pekerja di negara ini (termasuk juga warga asing dengan izin) sempena sambutan Hari Pekerja esok. Tarikh kuatkuasa pengumuman itu akan bermula enam bulan dari tarikh perintah gaji minimum diwartakan. Cuma ada juga dinyatakan sedikit kelonggaran bagi syarikat yang kurang mampu atau ada masalah dalam pembayaran gaji minimum, maka boleh berunding.

Sila share.




2 comments:

Nabiel said...

hurmmm..

mama aini said...

ehem..mcm tak cukup je..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...