Monday, April 30, 2012

Peluang Buat Duit Dengan Tebu



Malaysia menyasarkan untuk mengeksport 2.7 juta batang tebu sebulan ke Dubai pada 2013 bagi memenuhi permintaan bandar raya di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) itu yang mula berminat mengimport hasil pertanian sejak tahun lepas.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata Dubai mula berminat terhadap tebu tempatan selepas kementerian berkenaan melawat negara itu serta mempromosi jus tanaman berkenaan.

Beliau berkata nilai pasaran eksport tebu ke Dubai ialah RM2 bagi sebatang tebu Gred A, dengan hasil tebu diperoleh dari tiga negeri pengeluar utama tanaman itu iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Selangor.

Pada masa ini, Malaysia hanya mengeksport 38,000 batang tebu ke Dubai.Beliau berkata tanaman itu turut dieksport ke Singapura, selain mendapat permintaan dari beberapa negara lain termasuk Hong Kong dan Brunei.

Tanaman tebu yang mempunyai tempoh matang selama lapan bulan selepas ditanam, memberikan pulangan yang berbaloi kepada petani dengan pendapatan purata antara RM1,000 dan RM2,000 sebulan.
 

"Tanaman ini mendapat sambutan yang menggalakkan, dengan keluasan tanaman di Tanjong Karang bertambah daripada 19.42 hektar tanah kepada 121.4 hektar dalam tempoh setahun. "Bilangan peserta turut bertambah, daripada 43 orang kepada 100 orang dalam tempoh yang sama," kata Noh yang juga Anggota Parlimen Tanjong Karang.

Noh berkata kementerian itu yakin melalui peluasan tanaman itu dalam kalangan petani serta program bantuan yang dijalankan oleh Mardi bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Malaysia mampu memenuhi permintaan negara pengimport.

Beliau berkata kementerian itu turut menggalakkan petani mengusahakan tanaman tebu memandangkan tanaman itu mudah diselenggara serta tidak memerlukan tanah yang luas.

"Jika ada tanah yang sesuai, petani boleh gunakannya untuk tanaman ini dan membantu kementerian menyediakan bekalan eksport," katanya. -BERNAMA 
 
 
 

1 comment:

nazayiena said...

Kecik2 dulu selalu kopek tebu mkn camtu je x pyh perah pki mesin tebu....

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...