Sunday, April 22, 2012

Program Travelog ‘Jom Terokai Perak’ Bersama Maria Tunku Sabri



Sempena menyambut Tahun Melawat Perak 2012, TV3 menampilkan sebuah program travelog terbaru, ‘Jom Terokai Perak’ dengan kerjasama kerajaan negeri Perak dan Tourism Perak. Korang semua ada menonton tak? Minggu lepas ada kesempatan aku menonton program tersebut. Aku pun belum lagi menjelajah Negeri Perak Darul Ridzuan ni, setakat ke Ipoh tu ada la.

Program yang dihoskan oleh Maria Tunku Sabri ini akan membawa penonton mengembara ke setiap pelusuk negeri Perak Darul Ridzuan yang sememangnya kaya dengan tradisi, sejarah, pelancongan, aneka makanan, seni kebudayaan dan kraftangan.

‘Jom Terokai Perak’ yang akan bersiaran sebanyak 13 episod mulai 12 April lalu bakal memberi idea dan menarik minat penonton untuk mengunjungi negeri Perak kerana dikurniakan dengan pelbagai tarikan semulajadi dan tempat-tempat menarik untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Bersama hos, Maria Tunku Sabri, ‘Jom Terokai Perak’ akan mengembara dan menawarkan pengalaman manis di pelbagai lokasi, antaranya Taman Negeri Royal Belum, Hutan Paya Bakau Matang, Gua Tempurung, Taman Herba Perak, Hot Spring Sungai Klah, Pulau Orang Utan, Zoo Taiping & Night Safari, Pulau Pangkor, Bandar DiRaja Kuala Kangsar, The Limestone Wonder, Ipoh dan banyak lagi.

Jangan lupa menyaksikan ‘Jom Terokai Perak’ yang dihoskan oleh Maria Tunku Sabri pada setiap hari Khamis jam 5.30 petang, hanya di TV3.




Gambar Kredit: Budiey


6 comments:

Harith Iskandar said...

alaaa blom smpat lg nk tg kt tv.dok layan keje je wat mase ni.tp tgk mcm menarik nih.mjur ade tonton leh tgk..ehe :)

Norzie said...

Macam best aje program jom Terokai Perak ni...kalau ada free nanti boleh la tgk.

Puan Gojes said...

serius, blh jd guide if sapa nak bercuti kat sana. insyaAllah I will be there! ;) thanks for kakak ;)

Nazayiena said...

Pernah dtg Perak tp xlah jln2 sgt sbb pegi kenduri kahwin...

Papa Mifz said...

jarang la bukak tv petang2...huhu

LYAfrina said...

x bpluang nk tgk tv [ptg2

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...