Wednesday, April 25, 2012

BN Berharap Anak Kelantan Tidak Lupa Jasa BN




Salam 1Malaysia

Apa kata anak Kelantan dalam hal sebegini yang mana BN mendakwa Kerajaan BN yang banyak wujudkan peluang pekerjaan untuk anak-anak Kelantan. Kalau aku kata 'Dah nama pun KERAJAAN MALAYSIA, mestilah kena wujudkan sebanyak mana peluang pekerjaan untuk RAKYAT'. Betul tak?

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berharap anak Kelantan tidak lupakan jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam mewujudkan peluang pekerjaan.

Katanya tugas beliau sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri adalah menarik pelaburan luar ke Malaysia dan ini telah mewujudkan peluang pekerjaan.

"Bila ada pelaburan, ada peluang pekerjaan. Mereka (anak Kelantan) harus bersyukur kerana adanya peluang yang dibawa oleh kerajaan BN maka mereka mempunyai peluang," katanya kepada pemberita pada Himpunan Anak-anak Kelantan di Universiti Sains Malaysia (USM) malam tadi.

Mustapa turut menyeru kira-kira 150,000 anak Kelantan yang berada di seluruh negara untuk balik mengundi pada pilihan raya umum ke-13 nanti serta menggunakan kuasa yang ada untuk menentukan masa depan kerajaan yang mampu untuk mengurus dan meningkatkan kejayaan negara.

"Saya menyeru semua anak Kelantan di luar untuk membuat pertimbangan yang teliti secara waras dan objektif dan menilai sumbangan kerajaan dalam membangun dan mentransformasikan negara ini sehingga menjadi sebuah negara yang dihormati dan disegani.

"Ramai anak Kelantan bekerja di luar dan ini peluang pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia di bawah BN," kata anggota Parlimen Jeli itu.

Katanya anak Kelantan kini lebih faham dasar-dasar kerajaan dan berharap mereka akan menyokong BN demi kemajuan Kelantan.

Mustapa berkata terdapat kira-kira 1.4 juta penduduk di Kelantan dan kira-kira 500,000 daripadanya bekerja dan belajar di seluruh negara yang kebanyakannya berada di Lembah Klang, Sabah, Sarawak, Johor dan Pulau Pinang.

Menyifatkan anak Kelantan sebagai orang yang berkerja kuat dan bersungguh-sungguh, beliau berkata orang Kelantan banyak menyumbang kepada negara bukan sahaja dalam dunia korporat tetapi juga dalam kerajaan.

Himpunan Anak-Anak Kelantan adalah aktiviti di bawah program Pemukiman Anak-Anak Kelantan 1 Malaysia (PAKAT) yang diadakan untuk menghimpunkan pelajar-pelajar universiti dari negeri itu di seluruh negara.

Tahun depan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menjadi tuan rumah himpunan ini.


Sumber: BERNAMA



No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...