Saturday, April 28, 2012

Perhimpunan Bersih 3.0, Takut, Kalut dan Semput


UPDATE sekitar 1.45-2.15pm tadi:

58 Jalan di Ibu Negara Ditutup Akibat Bersih 3.0

Keadaan di sekitar Dataran Merdeka masih terkawal, lebih 25,000 orang berhimpun

Penyokong Bersih Sembahyang Berasingan di Masjid Negara, antara pemimpin pembangkang yang bersama solat di luar Masjid Negara ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

-------------------------------------------------------
Daripada sumber-sumber di alam maya, tak dapat aku bayangkan bagaimana perhimpunan seperti ini boleh berlangsung di tengah-tengah kotaraya yang sibuk seperti Kuala Lumpur. 

Gambar-gambar seperti di bawah ini baru peringkat awal iaitu malam semalam hingga ke awal pagi semasa orang lain nyenyak tidur atau layak 130 Siaran Percuma daripada Astro. Maka bermula semalam lah jalan-jalan ini sesak, sesak yang menyesakkan. Mujur Fasha Sandha dan Jejai tak buat majlis akad nikah di sekitar kawasan ini atau dalam radius 2 kilometer dari Dataran Merdeka.

Implikasi perhimpunan seperti ini sudah pastilah kepada kita, sedangkan boleh dibuat di stadium yang lebih besar dan menyenangkan.

- Jalan sesak, kenderaan terperangkap, bernafas pun sesak, asap rokok berkepul dengan asap kenderaan
- Risiko kecurian, penyeluk saku, hilang anak, hilang dara, hilang tatasusila
- Premis niaga terjejas, tutup awal, hari ni pulak kena tutup..kalau buat kat stadium..melimpah rezeki penjual boleh buka warung dan gerai minuman dan makanan..ada bihun sup, sup gear box, air cincau, cendol pulut, laksa penang dan macam-macam ada.
- Terjejas imej KL, dan Malaysia dengan perkara macam ini, ekonomi terjejas, pelancong yang ke KL terganggu emosi, takut ada, seram ada..tidak bebas ke mana-mana sepanjang 1-2 hari ni.
- Apa lagi yer...?















2 comments:

~~zana@pb~~ said...

Salam kenal juga Salina, akk ni taktau kisah pun psl Bersih tu, hubby ckp baru tau. Balik nnti baru nak baca dgn detail. Akk follow.

ogyep yummy mellow said...

very subjective...

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...