Thursday, April 26, 2012

Resepi Puding Karamel







Salam 1Malaysia

Aku dan hubby suka makan puding karamel tapi nak membuatnya malas. Ni 1st time aku buat, menjadi dan best jugak ikut resepi mamawandiha ni.

Bahan-bahan dan cara membuatnya seperti di bawah ye..

Resepi Puding Karamel

(untuk saiz loyang 10")
Bahan2 Untuk Karamel

¾ cawan gula pasir
10 sudu besar air panas

Bahan2 Untuk Puding

10 biji telur (ku guna saiz "AA")
1 tin susu cair
¾ cawan gula
1 sudu besar esen vanila
1 sudu besar rata tepung jagung
1 sudu besar rata tepung kastard
(bancuh tepung jagung & tepung kastad ni dengan sikit susu segar kat bwh ni)
150 ml susu segar

Cara2 menyediakannya

1. Masukkan bahagian gula utk karamel tadi ke dalam loyang, ratakan. Panaskan di atas dapur dengan api yg paling kecil. Bila gula mulai menguning, alih2kan kedudukan loyang agar gula hangus sama rata. Bila semua gula sudah nampak warna coklat muda... masukkan air panas perlahan2. (hati2 masa ni takut terkena percikan air gula panas). Kacau2 dengan sudu hingga gula karamel larut bersama2 air. Tutupkan api dan ketepikan.

2. Sediakan bancuhan pudingnya pula. Panaskan susu cair dengan gula bahagian puding tadi hingga gula larut. Tutupkan api. Sementara itu panaskan periuk kukus anda dengan air yg mencukupi.

3. Pecahkan telur satu persatu dlm mangkuk. (lebih elok pecahkan dlm bekas kecil sebiji2 kemudian baru masukkan dlm mangkuk besar sebab takut ada terkena telur yg busuk). Gunakan whisker kacau2 telur hingga rata.

4. Masukkan esen vanila & juga susu yg dimasak bersama gula tadi dan kacau lagi hingga sebati.

5. Masukkan bancuhan tepung jagung & tepung kastard serta lebihan susu segar & kacau lagi.

6. Tapiskan bancuhan telur ke dalam loyang yang berisi gula karamel tadi. Then kukuslah sehingga puding cukup masak. Cara menguji puding dah masak ke belum.. goyang2kan sikit loyang tu kalau bancuhan still bergoyang sambung lagi mengukus sehingga semua bahagian mengeras.

7. Sejukkan terlebih dulu sebelum di terbalikkan ke dalam pinggan hidangan yg sesuai.

p/s: boleh juga dihidangkan dengan buah2an koktel ataupun buah laici dalam tin

Sumber resepi : mamawandiha









8 comments:

kakcik said...

Masa rajin beberapa bulan lepas, selang sehari kakcik buat puding ni. Tapi sekarang dah tak rajin lagi. ;-)

Norzie said...

Sis belum pernah lg buat puding karamel...nanti bolehlah cuba resepi ni.

inazamri said...

puding karemel ni akak tak penah buat tp kalau puding roti penah...pakai byk telur ye.

TK said...
This comment has been removed by the author.
Kakzakie said...

Licin je masuk tekak bila makan puding ini kan... sedapnya kakak teringinlah nak buat.

Papa Mifz said...

wah buat sendiri...terbaik...nak suh wife buat gak la...;)

Rozuan Ismail said...

sedapnya kuah dia yg mengalir tuh.huhu

mama aini said...

ehem sedapnya terliur mama !!..lamanya dapur mama tak berasap !!..hukk2x..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...