Friday, June 29, 2007

Tersilap Landing Kat KLIA lah pulak...

hahaaa.. mesti ada yang heran gan aku ni kan.. nape aku kata tersilap landing kat KLIA plak.. sebenarnya dari aor-kul kami sepatutnya naik flight air asia.. tiket pun dah lama dah belinya.. tapi ada cite disebaliknya.. nak dijadikan cerita kami tertinggal flight air asia yang sepatutnya kami naik jam 8.30 pagi pada 21 Jun 2007.. inilah risikonya kalo naik penerbangan tambang murah ni (tapi ketika blog ni ditulis MAS pun dah banyak kali asyik delay jer).. kena betul-betul ikut masa yang ditetapkan.. entah macam mana lah aku terlewat bangun pagi tu.. mana ke tak nya jam 3 pagi kami belum tido lagi.. ni gara-gara HR giler kat ofis aku lah.. aku terpaksa menegakkan keadilan.. itulah dia belajar BBA tapi jadi HR.. langsung tak layak jadi HR kalau tengok pada perwatakkannya.. sombong.. angkuh.. dan bongkak.. itulah sifat-sifat dia yang boleh aku nampak secara terang-terangan.. kalo nak tahu HR ni benci sangat-sangat dengan bos Singa Utara kat ofis aku tu.. tapi bile dah dapat elaun tambahan RM 200 jer.. sifat dia leh jadi bertukar pulak.. ibarat katanya semakin hari semakin sayang.. manusia2.. aku pun tak faham dengan sikap manusia yang bodoh sombong ni.. tapi aku berpegang satu prinsip jer.. hidup ni mesti beringat yang mana roda kehidupan kita sentiasa berputar.. hehe.. pandai berkata-kata lah pulak aku arini ek..
hari tu memang betul-betul kenangan yang aku tak boleh lupalah.. mana taknya aku tak penah lagi tido sampai langsung aku tak sedar.. aku terjaga dari tido jam 7 pagi.. manalah kami tak kelam kabutnya.. sedangkan flight kami jam 8.30 pagi.. nasib baiklah barang2 semua aku dah pack.. 7.30 pagi kami baru nak bertolak ke airport.. nasib baik jalan kat Kedah ni tak jam.. 8.15 pagi baru sampai kat airport Alor Setar.. sampai2 kat airport, kaunter check in air asia dah tutup.. mana tak kelam kabut call kawan aku suruh check harga air asia untuk flight esoknya.. tapi bila kira-kira balik lebih baik naik flight MAS saja jam 9.15 pagi.. itu saja pilihan terakhir yang kami ada.. nak tak nak terpaksa lah kami keluarkan duit RM 225 seorang.. memang pada malam tu dah ada petunjuk.. sebab dengan aku ada duit RM 511.. hubby aku kata aku pegang duit rm 510 dah lah (dalam melawak tapi dia ambik jugak RM 1 tu).. RM 1 lagi tu bagi kat dia nak minum pagi kat kedai mamak tu esoknya.. rupa-rupanya duit RM 510 tu merupakan petanda yang kami
akan bayar tambang flight MAS.. kalau tahu macam tu kan tak payahlah aku nak kelam kabut pagi tu.. Jadi, mana taknya kami landing kat KLIA dan bukannya kat LCCT.. itulah kisahnya.. manis gak kenangan tu..
Kalau landing kat LCCT pun kami memang plan nak ke KLIA sebab nak makan kat Food Garden ni lah.. hubby aku suka sangat makan kat sini.. nak makan KFC dah lejuk kata orang Sarawak..







Saturday, June 2, 2007

Saiful Cute-Ku Juga Mencintaimu



Sukarnya tuk ku melupakan
Sinar matamu Yang menawan
Terbayang-bayang tiap masa
Senyumanmu menggoda
Kehangatan terasa di jiwa
Tika kau lafaz kata cinta
Nafas terhenti seketika
Seakan sukar ku percaya..
ooh..ohh..oo..hoo..

Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar ku luahkan
Bukan sengaja ku menahan
Bibir membeku lidah terkelu

Ku juga mencintai dirimu
Kau amat sempurna buat ku
Bukan saja aku biarkan
Kan ku ucap jua padamu

Sukarnya untuk ku ucapkan
Ku takut akan kehilanganmu
Akan ku buat segalanya
Untuk mu kekasihku

Cuma satu yg belum terbuat
Kalimah cinta kau nantikan
Bila masa dan ketika
Tidak dapat ku menjawabnya

ooh..ohh..oo..hoo..
Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar ku luahkan
Bukan sengaja ku menahan

Bibir membeku lidah terkelu
Ku juga mencintai dirimu
Kau amat sempurna buat ku
Bukan saja aku biarkan
Kan ku ucap jua padamu

Semalaman...
Ku menunggu panggilanmu
Pabila terdengar suaramu
Ku terlupa segalanya
oo..oo hooo..

Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar ku luahkan
Bukan sengaja ku menahan
Bibir membeku lidah terkelu
Ku juga mencintai dirimu
Kau amat sempurna buat ku
Bukan saja aku biarkan
Kan ku ucap jua padamu
Kan ku ucap jua padamu....

Aku memang suka sangat dengan si Saiful ni.. tapi setakat tengok aje lerrr sebab dia ni comel sangat.. teringat la pulak Malaysian Idol musim pertama dulu.. masa tu aku masih belajar lagi.. setiap ari ahad kol 12.30tgh aku mesti tak sabar2 nak balik umah dah..sebab nak tengok Malaysian Idol ni lah.. kes aku ni special sket sebab leh balik tengok kat umah.. dah lah aku gi kelas naik scoot.. apa lagi, cepat2 lah pecut.. tu semua kenangan aku masa belajar 3 thn yang lepas..

Petang tadi, ari jumaat aku hepi sangat2.. tak sangka arini aku jumpa dengan kawan aku yang satu kolej dengan aku dulu lah.. hehe.. memang melucukan sangat2 lah x-cident petang tadi.. aku dah lama teringin nak gi Butik First Lady kat Pacific Mall tu.. kawan aku dah lama cite yang butik tu bukak kat situ.. tapi belum ada masa nak gi.. mula2 aku masuk dalam butik tu cam pelanggan besa lah.. aku masuk dulu kat butik tu sebab Hubby aku tengah minum air.. geram lah juga sebab makanan tak dibenarkan masuk dalam tu.. tak kesahlah.. aku pun masuk je dulu.. Hubby aku tengok dari luar sementara nak habiskan minuman dia.. aku cuma tunjuk2 je lah dengan Hubby aku yang mana aku rasa cantik.. lepas tu Hubby aku masuk lah.. tapi yang membuatkan aku pelik bin ajaibnya sebab aku rasa macam ada orang menuju melulu ke arah aku serentak dengan Hubby aku gak.. dengar2 pempuan tu menjerit panggil nama aku.. aku heran gak sape lah yang kenal gan aku ni.. lagi pun aku tak ramai sangat kawan orang Utara masa belajar dulu.. aku rasa cam kenal tapi aku tak boleh ingat sapa nama dia dan kawan yang mana satu.. dia cakap nama dia pun aku masih binggung dan senyap lagi tak tau nak kata apa.. pikir2 balik aku rasa budak ni dulu badan dia berisi lah sket.. aku rasa cam dia dah tapi nampak lain sangat2.. kurus pulak tu.. rupa2 nya dia bekerja kat situ.. punya lah lama dia buat keputusan nak tegur aku.. dia tak confiden yang tu akulah.. memang perubahan aku nampak ketara sangat.. sebab sebelum kawin aku ni kecik jerr.. cam roomate aku lah.. kecik molek.. yang melucukan tu dia nak tunggu hubby aku masuk dulu baru nak tegur aku.. dia rasa kalo dia cam Hubby aku maknanya tu betol lah aku.. dan yang paling mengelikan hati aku dia ingat Hubby aku yang pegang baby kami.. aku nak tergelak gak.. semua kawan2 aku sibuk je nak menanya baby kami.. maklumlah yang baru kawin pun semuanya dah beranak dah.. tinggal aku je yang masing menunggu lagi.. cam tunggu durian yang tak luruh2 la pulak..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...