Thursday, June 14, 2012

Kuala Lumpur Antara Lima Bandar Termurah Untuk Dilawati


PETALING JAYA: Kuala Lumpur adalah antara lima bandar termurah di dunia untuk dilawati, menurut edisi terbaru TripAdvisor TripIndex yang diterbitkan pada Rabu.

Satu malam di ibu negara Malaysia, termasuk bilik hotel bertaraf empat bintang, tambang teksi, makan malam dan koktail secara purata membawa anda berbelanja sebanyak AS$194,43.

TripIndex mendapati Hanoi ($84.89) menjadi bandar yang paling mampu dikunjungi, diikuti Beijing ($159.05) dan Bangkok ($161.90).

Budapest adalah destinasi Eropah termurah dalam senarai itu, di mana satu malam di ibu negara Hungary menetapkan jumlah $193,78 secara purata, sedikit murah berbanding Kuala Lumpur.

TripIndex membandingkan harga perbelanjaan malam di destinasi pelancongan paling popular di seluruh dunia untuk musim panas 2012.

Kos purata yang disebut meliputi dua koktel, makan malam untuk dua orang di sebuah restoran, tambang teksi dan penginapan satu malam untuk dua orang di sebuah hotel.

Bandar-bandar di Eropah adalah yang paling mahal, dengan London $500 ($361.64 untuk penginapan dan $82.61 untuk makan malam), diikuti oleh Oslo di Norway ($499.91), Zurich di Switzerland ($485.82) dan Paris.(Mstar)
 
 

6 comments:

mama aini said...

ehem patutlah semakin ramai pelancong yg tak nak balik bila sampai sini..hu2x..ramai pendatang kat malaysia skrg ni..

Sally Yatiey said...

Mahal bandar2 Eropah ni. :)

MulutPayau said...

Teringin sangat nak melancong ke Eropah...tapi tak mampu lagi nak ke sana...kena kumpul duit bnyak2 dulu..heheh

ogyep yummy mellow said...

Lama betul tak menjengah kat sini... masih dengan pelbagai berita... suka.. suka.. suka... keep it up..

syiela said...

sebab tu skrg ramai pendatang.. bila la saya dpt ke eropah

dhiera said...

template baru la.. lgi kemas!
eh, malaysia antara yg termurah jugak ye rupe ye. baru tahu! huhu

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...