Thursday, June 7, 2012

(Gempaq) Pelakon Mana Bertuah Dapat Hadiah Helikopter


Aktres seksi, Angelina Jolie telah membuat kejutan kepada tunangnya yang merupakan aktor popular, Brad Pitt dengan membeli sebuah helikopter sebagai hadiah.

"Mereka memiliki landasan untuk helikopter di rumah mereka di Chateau Miraval, Perancis. Jadi Angelina fikir ia merupakan idea yang bagus untuk membelikan Brad sebuah helikopter sebagai hadiah kejutan," ujar satu sumber kepada akhbar The Sun.

Bintang "Tomb Raider" ini bukan sahaja membeli helikopter, malah turut menyediakan kursus untuk mengemudikannya.

Pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie dikhabarkan menghadiahkan sebuah helikopter kepada pasangannya, Brad Pitt. Helikopter mewah berharga USD1.6 juta itu turut disertakan dengan pakej kelas penerbangan.


"Walaupun Brad sudah ada lesen juruterbang peribadi, Angelina tetap mahu tunangnya belajar bagaimana mengemudi helikopter dalam masa terdekat. Ini kerana mereka akan menggunakannya untuk terbang pergi dan balik ke Cannes," jelas sumber itu lagi .

**bila dah terlampau kaya, beli helikopter macam beli permainan je. Untungnya . Harga Helikopter berkenaan dianggarkan 1.6 million dollar .
Selain Pitt yang diketahui mempunyai lesen juruterbang, kediaman pasangan ini, Chateau Miraval yang terletak di Selatan Perancis turut dilengkapi dengan kawasan pendaratan helikopter.


Namun begitu, Pitt perlu menghadiri beberapa kelas penerbangan sebelum boleh menerbangkan helikopternya itu. 

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...