Monday, June 11, 2012

(Tahniah) Caroline Juara Mentor 6


Tahniah diucapkan kepada Caroline dan mentornya, Ella yang telah pun merangkul gelaran juara Mentor 6 di saluran TV3. Caroline mendapat 71 markah dengan markah daripada juri tetap paling tertinggi. Persembahan Caroline memang tidak dapat dinafikan hebat dan mantap yang mana dapat memukau hati juri dan para peminatnya. 


Manakala Naib Juara pula dimiliki oleh Zatul dengan 60 markah mengatasi Anas pula di tempat ketiga dengan 50 markah. Tahniah juga diucapkan kepada Zatul dan Anas. Semoga bintang Caroline akan terus bersinar selepas tamat Mentor 6 ini dan cepat-cepat buat album ye. 

Biodata Caroline Mentor 6
Nama sebenar :Puteri Caroline Mohd Kamel
Nama komersial :Caroline
Asal : Tanah Merah, Kelantan
Umur : 20 tahun
Protege: Ella

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...