Tuesday, June 5, 2012

Bekas Kekasih Mamat Sepah Bercerai Lepas 17 Hari Berkahwin


Mamat Sepah tu aku kenal la, itu pun tak berapa nak minat sangat la. Adda Butterfly siapa pulak? Serius cakap, memang aku tak kenal, artis jugak ker? hohoho..

Cari punya cari, rupa-rupanya Adda Butterfly adalah bekas kekasih Mamat Sepah dan juga vokalis kepada kumpulan Butterfly.

Media Hiburan telah melaporkan bahawa Adda Butterfly telah bercerai dengan suaminya selepas 17 hari majlis perkahwinan mereka berlangsung. Adda turut mengesahkan berita ini dan mengaku dia sendiri belum sempat menikmati kebahagiaan sebagai seorang isteri.

“Ya, saya telah bercerai selepas rumah tangga kami tidak dapat diselamatkan lagi. Jujurnya, saya sendiri belum merasa nikmat bergelar isteri melainkan ketika di hari persandingan sahaja. Ketika berita perkahwinan kami tersebar, bekas suami terpaksa mengaku yang dia berstatus duda sedangkan ketika itu dia memang suami orang.” 
 
"Mengeruhkan lagi keadaan apabila isterinya mengetahui perkahwinan kami. Sejak hari itu, hubungan kami jadi porak peranda dan dia keluar rumah akibat tekanan," jelasnya.

Menurut Adda yang berkahwin pada 30 Mac lalu, sejak suaminya keluar dari rumah, mereka pernah bertemu untuk menyelesaikan masalah yang berlaku, namun perbincangan menemui jalan buntu. Akhirnya, Adda diceraikan melalui telefon sahaja.


3 comments:

YATZAKIE said...

macam2 hal la kan...emm...retis2..

Yana Libra said...

macam mana boleh sah nikah kalau iseri pertama tak tau??

confuse~`

Alieza Dayasari said...

ermmmmm...... moga segalanya baik2...

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...