Tuesday, June 12, 2012

Presiden Myanmar Isytihar Darurat


YANGON (Myanmar) – Presiden Myanmar, Thein Sein mengisytiharkan darurat di barat negara itu susulan ketegangan berlaku antara penganut agama Buddha dan Islam hingga mencetuskan keganasan yang teruk.

Thein Sein memberi amaran sekiranya keadaan berlaku di luar kawalan, ia boleh menjejaskan pembaharuan demokrasi yang sudah dimulakan sejak beliau mengambil alih tampuk pemerintahan tahun lalu.

Ini adalah kali pertama Thein Sein mengambil langkah berkenaan sejak beliau menjadi presiden.

Pengisytiharan darurat membolehkan anggota tentera mengambil alih fungsi pentadbiran di Rakhine, wilayah yang bersempadan dengan Bangladesh.

Langkah itu dibuat berikutan rusuhan yang tercetus Jumaat lalu di dua kawasan di Rakhine mengakibatkan tujuh maut manakala 17 lagi cedera dan ratusan rumah dibakar. – AP

1 comment:

ainnoraini said...

Singgah dipagi hari...

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...