Wednesday, June 6, 2012

Gambar Perkahwinan Nurul Wahab Dan Eric Daniel Depp

Penyanyi Nurul Wahab telah pun selamat dan sah menjadi isteri kepada Eric Daniel Depp tepat jam 12.20 tengah hari tadi dengan sekali lafaz sahaja.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Ustaz Azizan Othman dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan hantaran RM20,000.

Majlis pernikahan serba sederhana tetapi meriah itu telah diadakan di Duchess Place, Jalan Ampang dengan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dari kedua-dua pihak.

Antara rakan artis yang memeriahkan majlis ini adalah Ning Baizura, Zahida Rafik serta Ieda Moin dan Syah Syamsiri yang bertindak sebagai pengacara majlis.

Tahniah buat Nurul dan suami, semoga ikatan yang dibina akan kekal sehingga ke akhir hayat.

 

 




1 comment:

mama aini said...

tahniah buat nurul & pasangan..semuga berbahagia hingga akhir hayat..amin..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...