Wednesday, June 6, 2012

Masih Ingat Perang di Bosnia


Aku cuba mengimbas kembali ketika masih di sekolah rendah dulu lebih kurang dalam darjah 5 apabila berlakunya peperangan yang dianggap kepungan paling lama dan dahsyat 
dalam sejarah moden.  

SARAJEVO 6 April - Sejumlah 11,541 kerusi merah disusun dalam barisan sepanjang jalan utama di bandar raya ini, yang merupakan ibu negara Bosnia-Herzegovina, melambangkan setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak yang terbunuh dalam kepungan paling lama dalam sejarah moden.
Sarajevo, hari ini memperingati ulang tahun ke-20 tercetusnya perang Bosnia.
Pameran, konsert dan persembahan diadakan tetapi tiada satu pun yang boleh menandingi kesan beratus-ratus barisan kerusi merah, yang lebih kecil melambangkan kanak-kanak yang terkorban, diletakkan di dataran yang sama di mana konflik itu mula meletus pada 6 April, 1992.

Ketika perang meletus
"Penduduk bandar raya ini perlu berhenti sejenak dan memberi penghormatan kepada warganya yang terkorban," kata penganjur 'Garisan Merah Sarajevo', Haris Pasovic.
Kepungan pengganas Serb ke atas Sarajevo berlarutan selama 44 bulan atau selama 11,825 hari, lebih lama daripada kepungan tentera Nazi Jerman ke atas bandar raya Leningrad (kini St. Petersburg) 
semasa Perang Dunia Kedua.


Seramai 380,000 penduduk di Sarajevo pada waktu itu tidak mempunyai bekalan elektrik, air atau alat pemanas, dan terpaksa bersembunyi daripada terkena 330 tembakan meriam yang dilepaskan oleh pengganas Serb setiap hari ke atas bandar raya ini.

Sarajevo yang ranap
Pada 6 April, 1992, kira-kira 40,000 penduduk di negara ini, terdiri daripada etnik Bosnia yang beragama Islam, puak Serb yang beragama Kristian Ortodoks dan etnik Croat penganut Roman Katolik membanjiri dataran Sarajevo untuk menuntut perdamaian daripada para 
pemimpin politik mereka yang berfahaman nasionalis.


Komuniti Eropah (EC) telah mengiktiraf Bosnia sebagai sebuah negara merdeka selepas majoriti penduduknya mengundi menyokong kemerdekaan daripada Republik Yugoslavia pada waktu itu.
Namun, pengundian dilakukan mengikut garis-garis etnik, dengan penduduk Bosnia dan Croat menyokong kemerdekaan tetapi Serb Bosnia memilih untuk terus berada dalam Yugoslavia yang 
didominasi oleh puak Serb.
 
Perpaduan etnik yang ditunjukkan di dataran Sarajevo membangkitkan kemarahan golongan nasionalis Serb yang kemudian melepaskan tembakan ke arah orang ramai dari sebuah hotel berdekatan, menyebabkan lima orang maut dan mencetuskan perang 1992-1995 itu. - AGENSI


2 comments:

Lynn said...

Haah la..masa tu sekolah rendah..tak igt darjah berapa..masa tu takut sangat kot2 peluru tu jatuh kat Malaysia..budak keciklah katakan..

Kakzakie Purvit said...

Banyaknya puak dan etnik kalau tak bersefahaman boleh menjurus kepada porak-peranda dan peperangan. Tak mustahil tempat kita boleh jadi kalau ada yg memulakannya..

Ngeri kan..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...