Friday, June 8, 2012

Operator Kilang Terpaksa Tanggung Hutang RM 250,000 Selepas Kehilangan Kad Pengenalan

Seorang operator kilang terpaksa berdepan masalah hutang RM250,000 akibat kad pengenalannya yang hilang kira-kira 18 tahun lepas disalahguna individu untuk pinjaman bank dan kad kredit.

Noor Lela Nazri, 40, kehilangan kad pengenalan selepas beg tangannya diragut di Taman Melewar, Gombak di sini pada 1994.

Pada sidang akhbar, Jumaat, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Micheal Chong yang menerima aduan Noor Lela berkata, wanita itu didakwa membuat pinjaman di tiga buah bank tempatan berkaitan empat pinjaman perumahan dan empat kad kredit.

"Dia hanya menyedari kad pengenalannya digunakan orang lain apabila dia gagal dalam memohon untuk membuka akaun di sebuah bank kerana namanya disenaraihitamkan.

"Dia yang menafikan pinjaman tersebut kemudian membuat pemeriksaan di Bank Negara sebelum pihak bank menunjukkan kad pengenalannya yang hilang lebih 10 tahun itu dilekatkan dengan gambar orang lain," kata Micheal.

Micheal berkata mangsa kemudian menerima beberapa panggilan daripada pihak bank yang memintanya melunaskan segala hutang berhubung pinjaman perumahan dan kad kredit itu.

Micheal pula berkata peguam Noor Lela akan membantunya untuk membuat pemeriksaan tandatangan dan perjanjian jual beli di bank-bank berkenaan untuk mendapatkan kesahihan.

"Kami mahu semua pinjaman itu dibatalkan dan bayaran ganti rugi dari bank kerana menyebabkan kesusahan," kata peguam itu, James Ee Kah Fuk. - BERNAMA
 
 

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...