Thursday, June 7, 2012

Fasha Sandha Nak Ikut Jejai Jer, Tak Nak Berlakon Dah


Fasha Sandha Nak Ikut Jejai Jer, Tak Nak Berlakon Dah.. Boleh ke gitu? Eh! nape pulak tak bolehnya, Jejai kan suami Fasha, mestilah isteri ikut ke mana suami pergi..hohoho.. Sebenarnya, Fasha Sandha terpaksa berehat daripada sebarang aktiviti seni buat seketika demi menjaga kandungannya yang kini mencecah hampir sebulan.

Fasha kata keputusan itu diambil sebagai menghormati permintaan suaminya Rizal Ashram Ramli yang bimbang dengan keadaannya dan kandungan tersebut.
“Kalau diikutkan memang terasa sayang terpaksa tolak banyak tawaran lakonan tetapi kandungan saya adalah keutamaan pada waktu ini.

“Walaupun tidak berlakon, jadual harian saya tetap padat seperti biasa dengan kerja-kerja di Chinta Hair Salon & Beauty dan memenuhi beberapa sesi fotografi.

"Malah, saya akan menemani suami yang terlibat dalam jelajah perlumbaan kereta Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia sepanjang tahun ini,” 

“Setakat ini saya rasa seperti tidak mengandung pula kerana tiada perubahan atau perkara pelik yang berlaku.

“Saya masih aktif dan tidak mengalami alahan atau mabuk kehamilan (morning sickness). Semuanya normal saja, malah perut saya pun tidak begitu besar, mungkin kerana masih terlalu awal,” katanya.
Bertuah Fasha dapat suami yang sangat mengambil berat soal keselamatan beliau dan anak dalam kandungan Fasha.

1 comment:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...