Sunday, June 10, 2012

Gambar Kereta Porsche Lindsay Lohan Terlibat Kemalangan





SELEBRITI bermasalah Hollywood, Lindsay Lohan mengalami kemalangan apabila kereta yang dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori semasa dalam perjalanan ke set penggambaran filem Liz & Dick di Los Angeles.

Kejadian yang berlaku di lebuh raya Santa Monica itu telah menyebabkan kereta jenis Porsche hitam milik pelakon itu remuk teruk. Keadaan kereta dari jenis Porsche milik Lindsay yang rosak teruk dalam kemalangan yang berlaku di lebuh raya Santa Monica.

Lindsay dan seorang kenalannya yang turut berada dalam kenderaan berkenaan telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan nasib mereka baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan.

Pihak berkuasa yang mengenadalikan kes berkenaan turut mengesahkan Lindsay dan pemandu lori berkenaan bebas daripada pengaruh alkohol ketika kejadian dan masih menyiasat punca kejadian.
 
 TMZ & Mstar
 
 

1 comment:

mama aini said...

ehem teruk kerosakan porsche tu..hu2x..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...