Thursday, June 7, 2012

(Gambar) Bahagianya Nabil Bersama Isteri Kesayangan Yang Hamil 2 Bulan 3 Minggu


Musim artis dan isteri mengandung dan juga beranak la pulak sekarang ni. Udah kawin, mengandung dan beranak la pilak ye. Bahagia gitu.. Dah dapat berita isteri mengandung anak sulung memang gembira tak terkata. Rasa macam nak melonjak ke langit, ye tidok!

Begitu juga dengan pelawak popular, Nabil yang kini sedang berbunga-bunga hatinya kerana isteri kesayangan, Nazirah Ayub berbadan dua selepas sembilan bulan melayari alam rumah tangga.

“Alhamdulillah usia kandungan isteri saya kini dua bulan tiga minggu. Kami berdua sebenarnya memang sudah lama menunggu detik ini.

“Isteri saya tahu dia hamil ketika usia kandungan sudah pun mencecah tiga minggu," katanya. Bersedia dengan pelbagai perubahan yang bakal dialami isterinya, bagaimanapun Nabil memberitahu, buat masa ini Nazira masih belum mengalami sebarang alahan.

Pun begitu, kata Nabil, pada trimester pertama ini dia sudah dapat merasai perbezaan isterinya itu apabila melihat daripada jumlah makanan yang diambil.

“Tidak ada banyak perubahan cuma dia banyak makan dan tidur.

“Di awal kandungan ini kami masih lagi berjaga-jaga malah saya melarang isteri daripada melakukan kerja berat," katanya .



1 comment:

mama aini said...

ehem..Tahniah..bakal menjadi bapa !!!..cantiknya wife nabil..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...