Thursday, June 7, 2012

(Gambar) Ombak Tinggi Mengganas Di Persiaran Gurney Dan Padang Kota Lama


Petang semalam, lebih kurang jam 2 petang, ombak tinggi dan kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter didapati melanda pantai sekitar Pulau Pinang.

Di Kampung Tsunami Tanjung Bungah, tidak kurang daripada 11 buah rumah dimasuki air laut kesan pukulan ombak itu.

Penduduk setempat menyifatkan kejadian seumpama itu pertama kali berlaku sejak 20 tahun dan ia bencana kedua terburuk selepas kejadian Tsunami empat tahun lepas. Di sekitar Padang Kota Lama dan Persiaran Gurney yang berhampiran laut, mendapati air laut melimpah sehingga ke jalan raya di samping membasahi ruang pejalan kaki.

Di Batu Ferringhi dan Teluk Bahang pula keadaannya didapati agak lenggang apabila orang ramai menjauhi kawasan pantai sementara nelayan dikatakan tidak turun ke laut sejak semalam.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meterologi, Muhammad Helmi Abdullah menyifatkan kejadian itu adalah fenomena biasa kesan pertukaran angin dari monsun timur laut kepada monsun barat daya bermula 4 Mei lepas.

Katanya keadaan ombak turut dipengaruhi angin kuat yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam yang diramal berterusan sehingga Jumaat ini. - Bernama


2 comments:

AdaM Hawa said...

ish.. takutnya.. tengok ombak besar cam tu..

Lynn said...

La ye ke..dekat sangat dah dengan ofis..tapi kami semua tak dengar apa2 pun..ish tu lah..dah kat dalam ofis je..takut pulak..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...