Wednesday, June 6, 2012

Khalid, Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen Akan Dibicara Jumaat Ni


SHAH ALAM - Penuntut jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd Ismath akan dibicarakan oleh lembaga tatatertib universiti itu, Jumaat ini, antara lain berkaitan dengan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Khalid, 22, yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) berkata, beliau dikenakan tiga tuduhan iaitu tidak menghadiri ujian bulanan, menggunakan laman Facebook berbaur ugutan bunuh terhadap polis dan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kalungan bunga pada demonstrasi hapuskan PTPTN.

Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah UiTM ini pada jam 9 pagi mengikut Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

“Saya akan berbincang dengan peguam dahulu sama ada ia perlu atau tidak saya hadir ke perbicaraan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, setakat ini beliau mengambil keputusan untuk menangguhkan pengajian bagi mencari ketenangan ekoran kontroversi dilaluinya.

1 comment:

Knor said...

hak bersuara dah tak ada lg di malaysia ni..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...