Wednesday, June 13, 2012

Resepi Asam Pedas Melaka


Bahan-Bahan:

Sedikit minyak masak
60 ml air asam jawa
750 ml air
1 ekor ikan parang/pari (1 kg)
Garam secukupnya
1 tangkai bunga kantan
3 pokok daun kesum
2 keping asam gelugur
4 helai daun limau purut

Bahan dikisar:

25 tangkai cili kering, dicelur dulu
20 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
sedikit belacan
2.5 cm halia
2.5 cm kunyit hidup

Bahan diketuk:

2.5 cm lengkuas
2 batang serai

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar dan lengkuas sehingga wangi.
  2. Tuangkan air asam jawa bersama air dan biarkan seketika.
  3. Masukkan ikan bersama garam secukup rasa.
  4. Masukkan serai bersama bunga kantan, daun kesum, asam gelugur dan daun limau purut.
  5. Biarkan seketika, angkat dan hidang.

Koleksi dari majalah Jelita

2 comments:

Harith Iskandar said...

sy prnah g melaka,singgah kdai mkn utk lunch.mkn asam pedas...fuhhhh mmg terangkat lah sbb semua lauk2 dia memang pedas gilerr...berapiii :p

TF said...

serius sy minat asam pedas melaka..sedap..ada pernah try masak..tapi xbape power..hehe..kena belajar lagi nie..thanks share resipi sis..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...