Tuesday, June 5, 2012

Lagi Cerita Rumah Tangga Erra Fazira

Kesian dengan Erra Fazira, mungkin ada pihak yang amat cemburu melihat kebahagiaan beliau bersama dengan Engku Emran. Lantas, ada lagi pihak yang mendakwa rumah tangga Erra ada masalah dan pelakon jelita ini sekali lagi menyangkal desas-desus kononnya dia dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin telah mendapatkan khidmat kaunseling bagi mencari penyelesaian kemelut rumah tangga yang dihadapi mereka.

Adat dan lumrah menjadi artis, semua cerita orang mahu tahu dan beliau meminta pihak yang menggembar-gemburkan hal berkenaan agar menghentikan perkara itu. Udah-udah la tu kome pun, suka sungguh dalam bab gosip nih.

Menurut Erra, dia tidak pernah berjumpa dengan mana-mana kaunselor untuk meminta nasihat dan menganggap khabar angin terbaru itu sebagai mengarut.

"Macam-macam cerita orang bercakap mengenai perihal rumah tangga saya dan seolah-olah mereka lebih mengetahui apa yang berlaku berbanding diri saya sendiri.

"Jadi langkah yang lebih baik adalah untuk menutup mulut daripada banyak berkata-kata dan membiarkan apa sahaja kata-kata orang kerana saya tidak berdaya untuk menutup mulut mereka." 
 
Sebelum ini, media melaporkan rumah tangga yang dibina mereka kononnya goyah apabila timbul pelbagai dakwaan yang mengaitkan pasangan itu.

Dalam pada itu, Erra berkata, kehidupannya suami isteri bukanlah seperti kisah dongeng sebaliknya mereka melalui seperti mana pasangan berkahwin yang lain.

Erra memberitahu, selisih faham antara suami isteri adalah perkara biasa dan ia juga terjadi dalam perkahwinannya.

Bagaimanapun kata Erra, dia agak terkilan apabila muncul gosip-gosip keterlaluan mengenai rumah tangganya dan berharap perkara itu dapat dihentikan. (Mstar)
 
 

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...