Tuesday, June 12, 2012

Sein Mahukan Watak Antagonis Pula


Jika disebut nama penyanyi Sein Ruffedge pasti ramai yang mengenalinya, teringat masa zaman belajar dulu-dulu, aku & the geng memang minat dengan kumpulan ruffedge. Tapi kina Sein lebih kepada lakonan pulak. Sein atau nama sebenarnya Syed Hussein Syed Mustafa, 29, kini aktif menjadi pelakon dan drama yang paling best sekali dan aku minat ialah drama Adam Maya lakonan bersama Lisa Surihani. Biasanya Sein akan memagang watak yang baik-baik dan mat jiwang camtu. 
 
Kini Sein macam dah bosan dengan lakonan beliau yang lebih kepada romantik dan mahukan watak antagonis yang lebih mencabar kreadibilitinya sebagai seorang pelakon drama atau filem. Bimbang dengan persepsi dan tanggapan orang ramai menyebabkan Sein mengambil keputusan ingin mengubah watak dalam lakonannya. Sein menjadi selektif untuk menonjolkan diri sebagai antagonis berikutan dia sudah dicop sebagai mat jiwang atau mat bunga selepas tampil dengan watak yang romantis sebelum-sebelum ini.

Kata Sein kepada Mstar:

“Diakui, salah saya juga kerana menerima terlalu banyak tawaran yang melibatkan watak lelaki romantik atau hero yang baik-baik sahaja sehinggakan dicop sebagai lelaki ‘mat bunga’.

“Sebelum lebih ramai lagi yang akan menggelarkan saya sebegitu, lebih baik saya beralih arah dengan memilih watak-watak antagonis sahaja buat sementara waktu ini,” 

Dalam perkembangan seni lakonannya sekarang ini, Sein terlibat dalam penggambaran filem Pencinta arahan pengarah Khir Rahman.

Dalam filem itu, Sein memegang watak antagonis Boy yang berperangai jahat.

“Dalam filem ini, ia benar-benar mencabar lakonan saya dimana saya perlu menjiwai watak Boy yang jahat dan pada masa sama bersifat pelik.

“Walaupun baru kali kedua memegang watak jahat, ia amat menyeronokkan lebih-lebih lagi dapat melakukan babak-babak lawan kerana mencabar tahap ketahann fizikal diri.

“Saya sangat gembira apabila Khir mempercayai saya untuk membawakan watak sedemikian, sebab itu saya cuba memberikan hasil lakonan yang terbaik agar lakonan itu seperti yang diinginkan.”
 
 

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...