Saturday, June 9, 2012

Taman Negara Endau-Rompin ditutup sementara Sebab Gajah Naik Minyak

 
JOHOR BAHRU - Taman Negara Endau-Rompin kini ditutup sementara kepada pelawat berikutan kejadian apabila seorang gadis Orang Asli cedera dilibas gajah, petang semalam.

Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) Suhairi Hashim berkata, pihaknya menasihati pelawat supaya tidak memasuki kawasan berkenaan atas faktor keselamatan dan laporan polis berhubung kejadian itu dibuat di Balai Polis Kahang dekat Kluang, hari ini.

"Kejadian yang membabitkan kecederaan di kawasan Pantai Burung itu merupakan kejadian pertama.

"Bagaimanapun, kami ada menerima maklumat mengenai sekumpulan kira-kira 30 ekor gajah yang dikatakan naik minyak di kawasan itu sehingga bertindak mengejar pekerja di kompleks Taman Negara beberapa hari lepas," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, sebagai langkah keselamatan, PTNJ membawa keluar 30 pelawat dan penyelidik yang berada di kawasan berkenaan sehingga keadaan kembali pulih.

Katanya, pemantauan terhadap 30 rumah penduduk masyarakat Orang Asli Kampung

Peta turut dilakukan bagi mengelak mereka diancam.

"Gajah-gajah ini merupakan aset Taman Negara Endau-Rompin. Oleh itu, kesemua haiwan itu tidak akan dipindahkan ke kawasan lain. Kita akan kenal pasti punca haiwan ini bertindak agresif dalam masa terdekat," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang semalam, Zubedah Ayong, 19, mengalami patah bahu kiri dan pinggul kanan selepas dilibas belalai haiwan itu ketika sedang mencari pucuk paku di kawasan berkenaan bersama dua kakaknya.

Zubedah yang tinggal di Kampung Peta kini dirawat di Hospital Sultan Ismail, di sini. - Bernama
 
P/s: agaknya gajah-gajah dalam hutan tu tertekan dengan ancaman dari manusia dan pembangunan. Diharapkan pihak berwajib dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera untuk menjamin keselamatan para pencinta alam.


2 comments:

mama aini said...

ehem.. betul !!!& mungkin juga gajah2 tu rasa terancam bila manusia semakin rakus memusnahkan hutan, tempat tinggal mereka..hu2x..

mama aini said...

assalam..betul !!..gajah2 itu rasa terancam bila hutan tempat tinggal mereka dimusnahkan olih manusia..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...