Friday, June 8, 2012

Zed Zaidi 'Hangin' Lagi, Nak Buat Laporan Polis Terhadap Artis-Artis Veteran

Zed Zaidi 'Hangin' Lagi, Nak Buat Laporan Polis Terhadap Artis-Artis Veteran
 
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi akan membuat laporan polis jika artis-artis veteran mengadakan pertemuan tergempar di Finas pada petang Jumaat (petang ini) bagi mempertikaikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-14 persatuan itu samada sah atau sebaliknya.

“Saya akan buat laporan polis jika pertemuan itu diadakan pada petang ini. Untuk apa mereka mahu mempersoalkan kesahihan AGM14 Seniman yang sudah pun berlangsung itu?

“Tindakan itu adalah menyalahi undang-undang kerana jelas sekali mereka mempunyai agenda dan kepentingan peribadi.” Zed berkata demikian sebagai respons kepada isu terbaru yang dibangkitkan kelompok artis veteran menuntut penjelasan sama ada AGM14 Seniman pada 26 Mei sah atau sebaliknya.

Akhbar Berita Harian pada Jumaat melaporkan, aktor dan bekas Bendahari Seniman, Abu Bakar Omar mendakwa mereka berasa tertipu dan dipinggirkan ahli angkatan muda kerana beberapa perkara dibangkitkan pada mesyuarat agung itu tidak diendahkan.

Ditanya mengenai konflik yang tercetus dalam tempoh kurang sebulan dia menerajui Seniman, Zed berkata dia enggan untuk mengulas mengenai isu tersebut sehingga pertemuan tergempar itu berlangsung pada petang Jumaat.

Difahamkan, pertemuan tergempar melibatkan artis-artis veteran itu akan diadakan di Pawagam Mini P. Ramlee, Kompleks Studio Merdeka, Finas, Ampang dekat sini pada pukul 3 petang Jumaat. (Mstar)

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...