Friday, June 8, 2012

Cewahhh..10 Syarat Nak Jadi Isteri Johan As'ari


Pelakon Johan As'ari meletakkan sepuluh syarat kepada mana-mana wanita yang mungkin berhasrat untuk menjadinya sebagai bakal suami. Wahh..kelasss gutuuu.. Johan kata, dalam 10 syarat itu wanita yang digemarinya ialah individu yang mempunyai penampilan menarik terutama sekali berbadan harum dan juga menghormati orang tua.

"Walaupun ia kedengaran remeh, tetapi ia sangat membantu dalam mengeratkan sesebuah perhubungan dan menjadikan rumah tangga kita lebih kukuh, Insya-Allah." 

Bakal isterinya juga haruslah mempunyai ciri-ciri keibuan yang tinggi kerana ia boleh menyejukkan hati apabila melihat wanita itu peka terhadap alam rumah tangga.

Selain itu, walaupun ia kedengaran pelik, memiliki lesen kereta juga adalah salah satu kriteria wanita pilihan Johan kerana ia menunjukkan wanita tersebut seorang yang berdikari dan mampu menjaga keluarga sekiranya dia sibuk dengan kerja. (Mstar)
Ciri-ciri wanita idaman dan yang dibenci Johan ialah:
WANITA IDAMAN

1. Memiliki sifat-sifat keibuan
2. Taat dan hormat kepada suami
3. Seorang pembersih
4. Memiliki lesen kereta
5. Berbau wangi

WANITA YANG TIDAK DISUKAI

1. Sudah bersuami
2. Mempunyai sifat bermuka-muka atau hipokrit
3. Suka cakap lepas
4. Wanita yang berkira
5. Lebih tinggi daripada Johan

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...