Friday, June 8, 2012

Megan Fox Mengandung Anak Pertama

Laman-laman berita antarabangsa kecoh apabila pelakon jelita Hollywood dan bintang Transformers, Megan Fox, dikatakan hamil dan dijangka akan melahirkan seorang bayi pada akhir September atau awal Oktober tahun ini.

Sumber memberitahu majalah The Star bahawa Megan dan pasangannya, Brian Austin Green, sedang teruja menanti kelahiran seorang bayi dan anak perempuan suaminya (dari isteri pertama Brian), Kassius, 10, akan menerima seorang adik dari ibu tirinya.

“Sangat jelas bahawa Megan dan Brian sangat gembira tentang bayi tersebut sama ada lelaki atau perempuan. Tapi mereka berdua mungkin risau mengenai reaksi Kassius untuk menerima seorang adik (tidak lama lagi).

“Dia (Megan) dijangka melahirkan bayi pada hujung September atau minggu pertama Oktober ini.

“Megan kini dikaitkan dengan sebuah filem baru, Swindle, namun ia terpaksa ditulis semula (skrip) dan pergambarannya dijangka tidak akan bermula melainkan pada tahun depan, jadi dia boleh menumpukan perhatian kepada bayi dalam kandungannya itu,” kata sumber yang dipetik dari majalah tersebut baru-baru ini.

Megan, 26, dan Brian difahamkan telah menunggu hampir dua tahun untuk memiliki anak dari hasil perkahwinan mereka selama ini.

Lagi berita penuh di Sini


No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...