Friday, June 8, 2012

Laptop Mudah Panas Berbanding PC



Cooler Fan
Satu lagi tips aku, yang ramai di buat oleh student universiti dekat tempat aku atau remaja yang pakai laptop. Mereka banyak tak tahu yang laptop ni perlukan pengudaraan yang baik. Berikut aku senaraikan 5 TIPs:

1. Jangan letak laptop di atas karpet, tilam, bantal.
2. Jangan letak laptop di tepi tingkap yang ada cahaya matahari terus.
3. Jauhkan laptop dari tempat yang panas, contohnya berdekatan garaj atau bengkel yang tertutup.
4. Laptop tidak selasak PC dari segi ketahanan jika dibiar ON selama mana. Maka OFF kan laptop jika tidak digunakan.
5. Laptop yang agak panas, sepatutnya menggunakan cooler fan seperti pada gambar di atas untuk membantu mengalirkan haba keluar dari permukaan bawah laptop. 


Jangan amalkan...
Selain itu pastikan juga, laptop anda tidak dipenuhi habuk, jauhkan dari tempat berhabuk, rajin-rajinkan diri membersih meja kerja atau tempat meletak laptop dan sebagainya..kerana habuk mudah terkumpul dalam casing bawah laptop dan kipas dalaman akan bersalut debu yang tebal. Ini akan menyebabkan fungsi kipas tersebut menjadi tidak optimum.




1 comment:

fiza said...

tip yg bagus untuk org yg x tau mcm aku :)

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...