Monday, August 6, 2012

(Konspirasi Yahudi) Kesilapan Apabila Islam di Haramkan di Malaysia


Perkongsian peribadi aku khususnya dalam bulan mulia ni, ada sesuatu yang masih bermain difikiranku. Kita tahu, bagaimana penerimaan 'sebenar' dunia Barat terhadap Islam. Jangankan kata di Barat, begitu juga di bahagian lain di seluruh dunia.

Di bawah ni aku kongsikan contoh bagaimana 'tunjuk perasaan' dengan Islam 'diharamkan' oleh negara-negara bukan Islam. Sedangkan kita sebagai negara Islam (mana-mana negara Islam sekalipun) tetap 'menjaga kebajikan' penduduk atau rakyat yang bukan beragama Islam sejak dulu lagi. Contoh terbaik ialah bagaimana Piagam Madinah yang telah digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia dengan jelas menyatakan penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masing-masing.

(Logo ini bukan dari Malaysia)
(Logo ini bukan dari Malaysia)
(Logo ini dipercayai dari Amerika Syarikat)
(Wording ini ditujukan khas untuk negara-negara Eropah)
TETAPI yang masih mengejutkan ialah unsur-unsur ke arah 'ban Islam' masih ada lagi di Malaysia walaupun telah lama dibuang. Kenapa aku kata macam tu, begini ceritanya - Terus terang aku katakan, semalam 2 Ogos 2012 ketika aku nak print penyata bank di mesin Bank Islam cawangan Universiti Utara Malaysia (UUM) alangkah terkejutnya melihat masih ada logo seperti di bawah tertera di letterhead penyata tersebut.

(Logo ini adalah betul di Malaysia masih wujud dalam diam sampai sekarang)
Sedangkan seingat aku logo yang baru Bank Islam (ketika itu) memang jelas tertera perkataan 'Ban Islam' yang mana kreativiti penciptanya untuk menjadikan huruf 'K' sebagai gabungan huruf dan anak bulan seperti tidak menjadi. Itu cerita tahun 2008, ya dah lama dah. 

Tapi kenapa kertas penyata tersebut masih diguna pakai sampai hari ini? Tiada pihak yang mempersoal?
Aku tahu banyak kos telah dikeluarkan sejak 'kegagalan' Bank Islam mengenalpasti 'kecacatan' imej Islam pada bank itu sendiri. Tetapi soal akidah jangan main-main walaupun mungkin secara halus.

Tak faham? Okay...begini, sila rujuk perkara di bawah pulak.

Kenal tak jata di atas? Itu adalah jata negara Yahudi iaitu Israel. 

Isi jata

  • Menorah, lambang agama Yahudi
  • 2 daun pohon zaitun, simbol sebagai keamanan
  • Tulisan Ibrani yang membawa maksud Israel.
Menorah
Menorah merupakan tapak kaki lilin yang bercabang tujuh. Ia merupakan satu perkakasan upacara yang digunakan di Kuil Suci di Baitulmuqaddis. Ia merupakan simbol kepada agama Yahudi hampir 3000 tahun. Menorah merupakan salah satu simbol yang paling lama digunakan oleh orang Yahudi.

Okay, tak apalah sebab perkara mengenai jata Yahudi ni tak penting pun sebab itu hak mereka. Tapi perkara ni juga pernah menjadi serius pada tahun 2008 juga apabila muncul dalam laman web Bank Islam! Bukan aku nak ungkit cerita lama, tetapi luka lama berdarah kembali angkara letterhead penyata bank itu sendiri masih kekal ke hari ini.

Header ini telahpun dibuang sejak itu
Jadi, percayakah jika benar-benar ada konspirasi Yahudi dalam negara kita yang sebenarnya menyusup secara diam. Perkara ini banyak diperkatakan dalam serba-serbi. Hati-hati.



13 comments:

Kakzakie said...

Kakak tak peka Salina. Credit Card abang satu darinya Bank Islam tapi tak perasan pun bila dapat statement cuma tengok figure dia je...

Harap yg 'duduk di atas' kena buatlah sesuatu.

Kesuma Angsana said...

wah tq berkongsi, byk yg masih tak tau ni!

Knor said...

ishk kalau nak cerita mmg tak habis..
dashyatkan mereka ini..

baru2 ini ceramah di masjid oleh seorg kristian yang sudah kembali kepada islam,mengatakan seorg yahudi wajib mengkafirkan org islam,sebanyak 20 org.bygkan.

Knor said...

wassalam, malam nanti lepas terawih akak bagi resepi.

Kasih Salina said...

knor...ok kak..tq byk2..nak try buat ikut resepi akak plak..hihi..

Kasih Salina said...

kakzakie: biasala tu kak,benda yg dibuat secara halus susah sikit kita nak perasan kan

Kasih Salina said...

KA:sebagai orang Islam tanggungjawab kita untuk ambik tahu semua tu..

buatbest said...

Sebelum nie tak perasan pon dekat bank islam tu ada jata yahudi..huh..konspirasi senyap..tq sharing kasih salina..

Knor said...

salam, resepinya dah email..

Knor said...

akak dah email tau.

mamawana said...

Memang banyak unsur2 Yahudii kat malaysia nih.. hanya yg terang mata hati shj yg dpt melihatnya. Yg lain hanya tunduk dan patuh pd sistem kehidupan yg lalai, progrem2 hiburan movie Yahudi yg melimpahruah, mengejar nafsu nafsi duniawi sampai jati diri dan hati yg mukmin terkikis sedikit demi sedikit. Remaja Melayu mula berlagak lebih dari mat salleh. Semoga berkat doa Ramadhan yg mulia ini hati2 umat Islam Malaysia bertambah hidayah dan jihad mrk.

Zeera Az Zahra said...

kemenangan yahudi membawa dunia kpd kiamat dan kemenangan orang islam sendiri.. oleh sebab itu, bersabarlah..

............ said...

wah.. x sangka la.. thanks! nais!

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...