Thursday, August 16, 2012

Bila Nak Balik Kampung Ni



Salam Ramadhan Semua,

Aku pasti persiapan raya sudah hampir lengkap semua termasuklah baju raya, kasut raya, kuih raya, duit raya dan yang paling penting ialah jangan lupa membayar zakat fitrah ye..Kami pun baru bayar zakat fitrah 3 hari lepas. Bila semua dah lengkap, tiba la masa sesi mengemas barang-barang untuk balik beraya di kampung halaman tercinta sama ada balik ke rumah keluarga sendiri mahupun rumah mertua.

Gambar kat atas ni masa raya tahun lepas, kakak usia 3 tahun 2 bulan dan adik plak masa tu baru jer 2 bulan lebih. Nak bukak mata pun malas-malas lagi, kerja nak membuta ajer tau nya..

Beza pulak tahun ni kakak dah 4 tahun 2 bulan dan adik 1 tahun 2 bulan, gamat jadi rumah aku bila semuanya dah mengerti dan menyibuk jer waktu nak kemas barang-barang dan baju kain malam tadi. Kakak sejak seminggu ni memang asyik duk tanya bila nak balik kampung? Malam tadi dah kemas baju kain seronok bukan main lagi dia, yeay,,,

kakak: kita nak balik kampung ke Ibu?
ibu : Esok malam kita baru nak balik kampung..
kakak: kenape kita tak balik malam ni (malam tadi la)
 (drama pendek jer & takde ending)

Dalam pada dia duk menanya aku macam-macam tu, kakak siap masukkan baju dia dalam beg.. adik plak sibuk merayau ke hulu ke hilir sambil usik kakak dia, siap masuk dalam duduk dalam beg kakak lagi..anak-anak pun pandai seronok nak balik kampung yeee..



5 comments:

fiza said...

selamat balik kampung...berhati-hati di jalan raya...terutama kat grik lau tolak malam2

kakcik said...

Jangan terkunci pulak siadik dalam beg tu nanti! :)

Selamat hari raya dan selamat balik kampung. Didoakan selamat walau di mana berada. :)

Lynn said...

Wah semangat ye budak2 ni..selamat ari raya..

inazamri said...

selamat menyambut lebaran dari akak sekeluarga.Selamat balik kg juga

ainnoraini said...

ala..comeynya budak tenit 2 org nii...

selamat hari raya ..maaf zahir dan batin..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...