Friday, August 3, 2012

Ragam Intan Payung



Salam Ramadhan semua,

Cepatnya masa berlalu, dah nak hampir setengah bulan kita menyambut kedatangan Ramadhan Al-mubarak. Tapi tak terasa detik-detik dan saat-saat yang berlalu itu. Sama juga lah dengan hal perkembangan anak-anak kita, sekejap jer rasa anak-anak sudah besar dan terasa macam sekejap jer dapat bermain dan melihat telatah anak-anak masa kecil kan.

Anak aku, adik Kashif ni pun dah berusia 1 tahun 2 bulan, terasa cepat sangat adik membesar, nasib baik membesar depan mata aku tiap-tiap hari. Macam-macam perkara adik dah pandai buat, telatahnya memang menghiburkan kami sekeluarga. Sejak kecik macam-macam gelaran yang kami panggil dan yang terkini kami panggil adik dengan gelaran 'Intan payung'..huhu..tau kenapa? Sebab adik suka tengok Upin & Ipin, manja dan pandai merajuk (macam kakaknya jugak). 

paling terkejut kami dengar adik pandai sebut "betol, betol, betol", masa ada iklan doa buka puasa Upin & Ipin cepat-cepat dia sebut "betol, betol, betol" sambil gelak-gelak. Bila suruh adik ulang balik sebut "betol, betol, betol" dia tak mau dah, buat-buat malu plak.

Selain tu, adik dah pandai sebut perkataan "dah" bila dah siap buat sesuatu benda. Kalau bagi barang kat kita adik akan sebut "nah". paling lucu tengok dia pandai bukak dan tutup pen dengan elok. Tiba waktu kita nak solat lagi la lucu tengok dia, sejadah tak hampar elok, dia sebuk perbetolkan bagi elok, berdiri angkat takbir dan terus sujud dengan mulutnya terkumat kamit. Betol la kata orang, anak-anak kecil akan ikut apa yang kita lakukan.





6 comments:

dhiera said...

comel sgt la intan payung ni. ada kawan ajar dari kecik macam ni kite ajar dia abc membaca semua. dah besar mesti pandai~

YATZAKIE said...

comelnye dia..hihi

Kesuma Angsana said...

cute & comey lah!

Acik Erna said...

comelnya adik dan bijak jugak

mama aini said...

comilnya dia..semuga adik jadi ank yg sentiasa membahagiakan ibu/ayahnya.. amin..

Kasih Salina said...

tq semua yang sudi komen dan singgah..harapan kami semoga adik tak degil sangat dan cakap orang tua serta taat kepada perintah Allah swt..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...