Wednesday, August 15, 2012

Rasulullah Memperbezakan Amalan Islam Daripada Yahudi Dan Nasrani




Rasulullah Memperbezakan Amalan Islam Daripada Yahudi Dan Nasrani


Antaranya: 1) Berdoa Selepas Makan Kecuali Ketika Berbuka Puasa 2)Makan Sahur, Mempercepatkan Berbuka Puasa, Melewatkan Sahur. 3) Makan Dan Tidur Bersama Isteri Yang Sedang Haid. 4) Menambah Puasa Sehari Sebelum Atau Selepas Hari As-Syura. 5) Memakai Selipar Ketika SembahyangBaginda Mulia telah membezakan amalan umat Islam agar mereka tidak menuruti amalan Yahudi dan Nasrani yang menyembah berhala. Bahkan Baginda berpesan:

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi sesungguhnya akan berlaku kepada umatku perkara-perkara yang betul-betul sama seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil, sehingga jika ada di antara mereka orang yang berzina dengan ibunya dengan berterang-terang, nescaya akan ada dalam kalangan umatku orang yang melakukan perkara yang demikian;…

1) Berdoa Selepas Makan Kecuali Ketika Berbuka Puasa

Dalam Islam, doa sebelum makan hanya dibaca ketika berbuka puasa. Ketika memulakan makan selain daripada berbuka puasa, Rasulullah s.a.w. hanya membaca “Bismillah….” dan berdoa selepas makan (doa memuji Allah yang memberikan makanan).

Diriwayatkan hadith dari Abi Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Adapun Nabi s.a.w. ketika sudah selesai makan dan ketika telah selesai minum, Baginda membaca (doa) “Alhamdulillahillazi at’amana, wa-saqona, wa-ja’alana minal muslimin’ [Maksudnya: Segala pujian bagi Allah yang memberikan aku makan dan memberikan aku minum dan menjadikan aku orang Islam.' [Hadith at-Tirmidzi]
Doa seperti “Allahumma bariklana fima razaktana” sepatutnya dibaca selepas makan kerana “razaktana” bermaksud “telah memberi rezeki”. Bahasa yang digunakan adalah dalam bentuk “past tense” (telah memberi rezeki dan rezeki itu telah masuk ke dalam perut). Berdoa sebelum makan adalah amalan orang Kristian. Mereka membaca doa kesyukuran sebelum makan dan mereka berdoa “Dear God, we thank you for the food”

2) Sahur & Berbuka Puasa


Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.” Hadis riwayat an-Nasaie. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Agama akan sentiasa tampak syi’arnya dengan nyata selama orang Islam berbuka puasa dengan segera (tepat pada waktunya), kerana orang-orang Yahudi dan Nasrani melambatkannya.

3) Makan Dan Tidur Bersama Isteri Yang Sedang Haid.

Daripada Anas r.a. bahawasanya orang-orang Yahudi apabila isteri-isteri mereka haidh, mereka tidak makan bersama-sama dengannya, dan tidak mahu tinggal bersama-sama di dalam rumah.

Dari Abdullah bin Sa’ad ia berkata:Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang makan bersama-sama dengan perempuan yang haidh, lalu Baginda menjawab: Makanlah bersama-sama dengannya” (HR.Ahmad dan Tirmidzi)

Daripada Siti Aisyah r.a., beliau berkata “Aku pernah minum, padahal aku sedang haid, lalu aku memberikan kepada Rasulullah alaihi wassalam, kemudian ia meletakkan mulutnya ditempat bekas mulutku, lantas Baginda minum. Dan aku pernah menggigit-gigit daging yang masih melekat ditulang, lalu aku berikan kepada Rasulullah kemudian ia meletakkan mulutnya ditempat bekas mulutku. (HR.Jama’ah kecuali Bukhari dan Tirmidzi)

Daripada Aisyah r.a. ia berkata: Adalah seorang di antara kami apabila berhaid, sedang Rasulullah s.a.w. ingin tidur bersama-sama, maka Baginda memerintahkannya untuk menutupi dengan kain di tempat haidnya, kemudian Baginda tidur bersama-sama”(H.R.Ahmad, Bukhari, dan Muslim)

4) Menambah Puasa Sehari Sebelum Atau Selepas Hari As-Syura

Rasulullah s.a.w. bersabda “Berpuasalah kamu pada hari `Asyura’ dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.” (Hadits riwayat Ahmad)

5) Memakai Selipar Ketika Sembahyang
Semasa Nabi Musa bermunajat kepada Allah di Bukit Thur, baginda diperintahkan agar menanggalkan seliparnya. Riwayat lain pula ada menyebutkan, bahawa orang-orang Yahudi tidak akan mengerjakan sembahyang sehinggalah mereka menanggalkan selipar-selipar mereka, maka Rasulullah s.a.w. menyuruh umatnya supaya berbeza dengan mereka. Oleh kerana itulah, harus (boleh) bagi umatnya bersembahyang dengan memakai selipar.

4 comments:

Deru Ombak said...

Suka baca N3 ni.. Terimakasih Salina atas perkongsian..

:)

Kesuma Angsana said...

salam aidiliftri dari KA & family, mohon maaf andai ada salah & silap ye

TK said...

Thnx 4 sharing lots of useful info...byk pahala...
Slmt pulang ke tganu n enjoy yourself. Tk kalau balik kl seminggu je pun dah rindu tganu tau...rindu kepok lekor hehe

khairul said...

terima masih Salina

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...