Thursday, August 16, 2012

Sedekah Allah Buat Kita



Solat qasar dan jama’ (solat jamak) adalah satu kelaziman apabila kita bermusafir. Tak kurang juga ada yang kurang mengambil berat hal ini, khususnya apabila kita mula memperkatakan tentang balik kampung (perjalanan jauh) dalam musim perayaan sebegini. Untuk itu saya menyertakan sedikit takrifan dan panduan hasil daripada pembacaan, panduan daripada Ustaz dan bual bicara keagamaan di siaran tv tempatan.

Solat Qasar
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya” (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud) 

Syarat-syarat:
     i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syarak.
     ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
     iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
     iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (solat sempurna).
     v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
 
Contoh niat:

                       أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala

Solat Jama' (Solat Jamak)
Solat Jama’ terbahagi kepada :
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
Syarat-syarat:

Solat Jama' Taqdim
 i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

Jama’ Ta’khir
 i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
 ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

Contoh niat:
Jama’ Taqdim
- Jama’ Taqdim Empat Rakaat
 
 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala
Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

 أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala

Jama’ Ta’khir
Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala

Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى 
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala 

 

5 comments:

syiela said...

islam itu sangat mudahkan :) tak perlu nak bagi alasan lagi..

thanks ye sharing

Kakzakie Purvit said...

Hari ini ada teka-teki radio IKIM apa yg panjang kalau di buang Q jadi panjang.

Jawapan solat QASAR. Buang Q jadi Asar - solat Qasar 2 rokaat tapi Asar 4 rokaat. Best kan teka-teki ni..

Selamat Hari Raya dari kakak buat Sali..

Mohd Elyas said...

kepada yang akan menjalani perjalanan yang jauh, moga kalian selamat dalam perjalanan dan dalam rahmatNYA dan peliharaanNYA... Syukurlah dengan sedekah Allah untuk kita...;-)

MulutPayau said...

terima kasih atas prkongsian...

Selamat Hari Raya dear.....maaf dipohon andai ada terguris kata, terkasar bahasa.....

Kayu Manis said...

assalamualaikum.

bagusnya n3 ni..so sapa2 yg nak beraya jauh2 tu..bolehlah buat solat jamak ni..sayangnya allah dkt kita..dah pendek pun tak boleh..mmg letihlah..boleh himpun2 lagi..kan.

mmg ramai yg dlm seronok beraya,solat pun entah ke mana...

dah buat rempeyek ke?

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...