Tuesday, August 14, 2012

Helo Bro... Tolong Masak!



Anak-anak berebut bergambar

Adik rimas dipeluk kakak

Sesudah masak oleh Bro...

Mee Goreng 'Helo Bro... Tolong Masak!'
Ops maaf yer, entry ni bukan nak cerita pasal rancangan memasak yang kian hangat di Astro Ria setiap jam 6 petang tu apa lagi kalau bukan Helo Bro... Tolong Masak! Ya..ya aku tahu ramai minat tengok program memasak yang memberi sedikit kelainan tu sebab adanya bekas peserta Masterchef yang menjadi tumpuan suatu masa dulu Nik Michael, Zamir dan saudara Fikri (bukan peserta).

Tapi semalam, lewat malam pun ada Helo Bro... Tolong Masak! kat rumah aku ni ha. Masakan dia ialah Mee Goreng Berkeropok Ikan. Bro yang masak ni mungkin tak se-glemer selebriti masakan di luar sana, tapi Bro ni bukan calang-calang orang..siapa lagi kalau bukan suami aku (pap, tepuk dahi!).

Tapi bukan aku yang suruh dia masak okey..so agak 'kurang manis' kalau aku guna tajuk di atas untuk ditujukan kepada suami aku sendiri nampak macam 'mengarahkan suami memasak' jer bunyi nya. Iyer lah gelaran Bro..Bro ni kan gaya orang muda-muda bercakap sesama mereka yer tak. Cuma al-kisahnya memang suami aku suka buat kerja kat dapur, so memasak tu bukan masalah besar baginya. Menyediakan masakan pun dipotong dan disusun kemas dalam pinggan..huahua, bukan nak puji lebih tau..tapi ni lah Helo Bro... Tolong Masak! yang ada kat rumah aku.

Moral: Jangan amalkan makan lewat malam...



13 comments:

kakcik said...

Tahniah Bro... rajin sediakan hidangan untuk keluarga. :)

Kakzakie said...

Bestnya kalau hubby kakak macam ni. Masak maggi pandailah en hubby kakak lain tak adalah. Kalau pandai macam ini kakak dah lompat bintang agaknya Sali..

TK said...

Tak penah lg tgok rncgn tu..anak slalu tgok drama korea masa tu..
Bertuahnya dpt suami rajin ke dapur :)
Nampak sedap sgt mee goreng tu..drooling ni..

syiela said...

alhamdulillah.. bestnya ada chef kat rumah.. yang kat rumah saya ni tukang potong2 dan rasa je :)

eLL said...

haha, apa salahnya sekali sekala kan kak. selamat hari raya...

mamawana said...

Sedapnyer mee goreng tuu...

http://nurqasehbiz.blogspot.com/2012/08/iftar-di-sungai-bukit-dan-hutan.html

Aine Ainun said...

alahai...mencabar tgk makanan tengahari ni....

bertuahnya, somi pandai masak=)

Azee Hana said...

wah,,untungnye dapat tersayang pandai masak..=)...

Kesuma Angsana said...

seronoklah kan, mcm KA pown hubby chef terbaik cuma malas nk suh dia masak.. cerewet hehehe tp mmg terbaik !

Deru Ombak said...

Tidak kurang lelaki suka kedapur memasak...

Nice!!!

Salam aidilfitri Dari kakya sekeluarga
Maaf zahir batin

Shaiful Zaidi said...

nampak sedap mee goreng bro.

``~Masliza Ali ~`` said...

wah... syoknyer...
Kalau hari-hari 'bro' kat rumah tolong masak kan best..

Raudzah Zahari said...

Wow..bestnya..sungguh menyelerakan..nasib baik dtg ziarah malam..kalau tak hmm

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...