Saturday, May 19, 2012

Final UEFA Champions League - Bayern Munich vs Chelsea


Live di ESPN jam 2.45 pagi esok
Pasukan mana akan menang, bukan senang untuk kita jangka kalau kita bukan penyokong salah satu pasukan di atas yang layak ke Final Liga Juara-juara musim ini. Kalau tanya kepada penyokong Chelsea..maka Chelsea lah bakal juaranya, jika tanya penyokong Bayern..maka Bayern lah akan menang. Jadi sebagai orang atas pagar, aku rasa Chelsea ada harapan untuk menang malam ni kerana beberapa faktor ditambah pula dengan semangat untuk mengisi slot automatik ke kejuaraan yang sama untuk musim depan.

Apapun, seekor anjing bernama 'Sissi' di Jerman telah membuat satu ramalan yang memihak kepada kelab Jerman tersebut apabila memilih untuk makan makanan anjing yang diletakkan dalam mangkuk bertanda Bayern Munich dan bukannya mangkuk bertanda pasukan Chelsea. Adakah ini akan mengulangi kehebatan seekor sotong kurita Paul Octopus yang berjaya meneka dengan tepat kesemua kemenangan pasukan Jerman termasuk kekalahannya pada kejohanan Piala Dunia yang lepas?


 



No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...