Friday, May 25, 2012

Yusri Reka Banglo Buat Lisa Surihani, Bakal Diami Julai Depan

Wahh! Beruntung dan bertuah sungguh Lisa Surihani, kawin jer terus dapat rumah baru dari suami tercinta. Suami Lisa, pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim, 39, mengakui dia mencipta sendiri banglo yang dibina khusus untuk isterinya, Lisa Surihani, 26, yang dijadual siap menjelang Julai ini di kawasan kediaman elit di Country Height Resort, Kajang dekat sini.

Menurut Yusry, dia ada meminta pandangan Lisa mengenai rekaan mahupun hiasan di dalam banglo tersebut tetapi isterinya itu tidak mahu mengambil tahu kerana ketika itu mereka baru merancang untuk berkahwin.

“Rumah itu mula dibina pada bulan November tahun lepas sebelum kami berkahwin. Ketika itu saya dan Lisa baru merancang mahu berkahwin. Bila saya beritahu pasal rumah padanya, dia tidak mahu tahu sangat mungkin dia fikir masa itu kami belum ada ikatan yang sah.

“Bila dah kahwin, tidak sangka pula cita rasa kami serasi. Jadi, tiada masalah. Kami membeli perabot bersama dan semua cita rasa kami serasi,” katanya kata Yusry dalam Kosmo hari ini.
 
Perkembangan berkaitan, Lisa Surihani memberitahu GUA yang drama Dimanakah Juwitaku yang akan bersiaran di Astro Ria mungkin menjadi drama terakhir beliau.

“Kemungkinan selepas drama ini, ia akan menjadi drama siri saya yang terakhir. Saya hanya mahu buat filem dan itupun saya akan lebih memilih,” ujar Lisa Surihani yang turut menafikan Yusry KRU ada campur tangan dalam keputusan ini.
 
 

1 comment:

sekadar satu coretan said...

Salam salina...mmg bertuah badankan...harap2 berkekalan hingga akhir hayat..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...