Monday, May 28, 2012

Ejen Nazmi Faiz Minta Lebih Lagi Daripada FAM



Nazmi dan Marco Guimaraes

Ejen Nazmi Faiz yang berjaya ke Beira-Mar kata tidak mudah untuk membawa Nazmi ke Portugal dan mendapatkan kontrak di sana kerana kemampuan pemain sahaja tidak cukup jika ejen tidak mempunyai hubungan dengan pihak yang betul. Dia ni pernah bertugas dengan kelab Portugal, Braga

Betul jugak apa dia kata, kita di Malaysia heboh dah tentang pemain Malaysia ke Cardiff City. Tetapi selepas ujian, ttakda apa yang berlaku. Kontrak pun dengar bunyi.

Sebab tu dia kata mustahil untuk pemain Malaysia ke Cardiff kerana kedudukan Malaysia bukan dalam 70 negara terbaik ranking FIFA. Jadi caranya ialah kita harus cari alternatif di kelab Eropah yang lain.

Guimaraes turut mengharapkan lebih sokongan dari Football Association of Malaysia (FAM) dalam rancangan untuk membawa lebih ramai lagi pemain Malaysia ke luar negara.

*Mungkin ejen ni dapat komisyen yang tinggi juga untuk setiap pemain yang berjaya ikat kontrak, tambahan lagi kalau pemain yang dibawa lama-lama jadi football star. Tapi yang pasti pemain tersohor dunia semua pakai ejen, jadi hal ni sepatutnya tiada masalah.



No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...