Saturday, May 19, 2012

Gambar bayi Jessica Simpson Bernilai RM4 juta

Baru sahaja bergelar ibu, aktres jelita, Jessica Simpson menerima ‘durian runtuh’ apabila majalah terbesar Amerika, People Magazine, membeli foto eksklusif bayinya, Maxwell Drew Johnson.

Menerima bayaran lumayan sebanyak, RM2.5 juta, Jessica dan tunangnya, Eric Johnson, mampu tersenyum dengan nilai itu.

Namun, sumber memberitahu bahawa nilai itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan harga yang pernah diterima, Jennifer Lopez dan Angelina Jolie untuk gambar bayi mereka.

Setelah pelbagai spekulasi diterima, Jessica mula tampil untuk berbincang mengenai harga gambar anaknya.

“Jika difikirkan, memang nilai itu tidak setimpal berbanding dengan gambar anak selebriti lain. Jadi, saya akan berbincang dengan pihak majalah untuk meletakkan harga RM4 juta untuk gambar bayi saya,” katanya.

Jennifer Lopez menerima RM6 juta untuk foto bayinya, Max dan Emme, manakala Angelina Jolie menerima RM11 juta untuk foto bayi kembarnya.

Namun, bukan semua selebriti sanggup menjual gambar anaknya, ada juga yang bermati-matian menolak tawaran media seperti Beyonce Knowles dan Aishwarya Rai.


1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Dahsyat betul penangan artis hollywood ye... kalau kita dapat tu terus duduk goyang kaki sampai mati...

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...